• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cara keluarkan tunai di ATM guna APP MAE

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:35 am
  • 17/05/2022
  • Komen
Cara keluarkan tunai di ATM guna APP MAE
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank telah memperkenalkan servis baharu yang membolehkan anda keluarkan tunai daripada mesin ATM menggunakan APP MAE. Ia adalah kesinambungan kepada servis hampir serupa mereka perkenalkan dalam APP Maybank2U 8 tahun lalu.

Dengan MAE ATM Cash-out, anda tak perlukan kad fizikal sewaktu di mesin ATM. Yang perlu anda lakukan adalah mengimbas kod QR di ATM yang menyokongnya. Tapi sebelum mengeluarkan tunai dengan cara ini, servis perlulah diaktifkan.



Cara aktifkan MAE ATM Cash-out

Ikon pintas ATM Cash-out boleh dibawa ke masuk ke halaman pemuka APP MAE. Cari butang “Manage” di sebelah Quick Action dan skrol kebawah untuk pilihan ATM Cash-out.

Kemudian, untuk kali pertama gunakannya, anda diminta untuk mengaktifkan fungsi ini melalui kod OTP yang dihantar kepada telefon yang berdaftar dengan APP MAE anda.



Sehingga 24 jam masa diperlukan untuk pengaktifkan. Selepas aktif, anda boleh gunakannya seperti biasa. Had pengeluaran adalah mengikut had pengeluaran tunai menggunakan kad fizikal. Untuk mengubah had pengeluaran, anda boleh lakukannya di ATM, menggunakan kad fizikal.

Cara keluarkan tunai guna ATM Cash-out

Selepas pengaktifan, anda boleh pergi ke mana-mana mesin ATM yang menyokong MAE ATM Cash-out. Sebanyak 998 ATM menyokongnya di seluruh negara. Senarainya boleh dirujuk di sini.

Di mesin ATM, imbas kod QR yang terpapar menggunakan APP MAE. Untuk pengeluaran melebihi RM1,000, fungsi keselamatan tambahan Secure2U akan digunakan. Anda juga boleh menetapkan sehingga 3 jumlah default untuk mempercepat urusan anda di mesin ATM kelak.

Sumber: Maybank

Bacaan berkaitan

Cara untuk naikkan had perpindahan dan pengeluaran tunai Maybank – SoyaCincau.com

Portal Maybank2U klasik akan ditutup bermula Januari 2022 – SoyaCincau.com

Tags: atm cash-outfintechfintekMaybankmaybank mae
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Cara keluarkan tunai di ATM guna APP MAE

Cara keluarkan tunai di ATM guna APP MAE

17 May 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER