• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aturan Kerja Fleksibel (AKF) berkuat kuasa 1 September, siapa yang sesuai memohon?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:25 pm
  • 28/06/2022
  • Komen
Aturan Kerja Fleksibel (AKF) berkuat kuasa 1 September, siapa yang sesuai memohon?
Share on FacebookShare on Twitter

Pekerja di Malaysia yang ingin bekerja secara fleksibel dibenarkan memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 September nanti. Majikan pula mesti menjawab permohonan secara bertulis dalam tempoh 60 hari. Tapi, industri pekerjaan apa yang sesuai untuk memohon perkara ini?

AKF untuk industri tertentu

Sebenarnya, Aturan Kerja Fleksibel (AKF) hanya boleh dilaksanakan dalam industri tertentu berdasarkan budi bicara majikan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap pekerjaan. Menurut Presiden Persatuan PKS Malaysia, Ding Hong Sing, negara menghadapi kekurangan pekerja yang serius, terutamanya melibatkan pekerja asing. Dalam masa yang sama, pelaksanaan fleksibiliti kerja ini bakal menjejaskan keupayaan pengeluaran barangan beserta harganya.



AKF sesuai untuk industri IT & pemasaran

Ding berkata, bagi kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bergantung kepada pengeluaran barang, AKF bukanlah langkah praktikal. Pekerjaan fleksibel hanya sesuai untuk industri tertentu seperti IT dan pemasaran. Tapi, pekerja masih perlu berjumpa di pejabat beberapa kali seminggu untuk menyelesaikan isu yang menjejaskan kerja.

Di samping itu, Gan Boon Khim iaitu ahli majlis Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berkata, walaupun mereka bersetuju bahawa dasar AKF mungkin menarik lebih ramai orang untuk menyertai tenaga kerja, tapi ia mungkin tidak sesuai untuk semua jenis industri. Beliau tidak mahu jika polisi itu membawa kepada salah faham dan menjejaskan hubungan di antara majikan dengan pekerja.



AKF mustahil untuk industri perhotelan & perkhidmatan

Selain itu, Timbalan Presiden bagi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) iaitu Effendy Abdul Ghani berkata, AKF tidak boleh menjadi arahan menyeluruh kerana sesetengah majikan mungkin memerlukan semua pekerja mereka berada di lokasi kerja. Beliau juga berpendapat bahawa dasar AKF perlu dibincangkan dengan lebih lanjut antara kerajaan, majikan dan pekerja bagi membolehkan pelaksanaannya lebih lancar.

Perkara ini turut disokong oleh Dr Sri Ganesh Michiel, Timbalan Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia. Baginya, bukan mudah untuk menukar dan menyesuaikan sistem kerja yang baharu. Apabila majikan dibebani, sukar untuk perniagaan mereka bertahan semasa proses pemulihan. Beliau juga berkata AKF tidak sesuai untuk industri perhotelan dan perkhidmatan. Pekerja industri tersebut perlu hadir secara fizikal di premis untuk bekerja.

Pekerjaan melibatkan operasi gudang atau logistik

Dalam masa yang sama, perkara ini juga dikatakan tidak sesuai untuk pekerja yang terlibat dalam operasi gudang atau logistik. Hal ini disuarakan oleh Presiden Persatuan Rantaian Runcit Malaysia, Sharan Valiram.

Nampaknya, ada banyak pekerjaan yang dilihat tidak sesuai untuk memohon AKF. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa berada di lokasi tertentu, maka anda perlulah hadir di sana untuk menyelesaikan tugas. Tapi, sekiranya pekerjaan anda boleh diselesaikan dimana-mana sahaja, maka anda boleh pertimbangkan untuk memohon AKF.

[Sumber: TheStar]

[Sumber gambar: The Star]

Tags: Aturan Kerja Fleksibel (AKF)
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Aturan Kerja Fleksibel (AKF) berkuat kuasa 1 September, siapa yang sesuai memohon?

Aturan Kerja Fleksibel (AKF) berkuat kuasa 1 September, siapa yang sesuai memohon?

28 June 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN