• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Harga permulaan Predator Helios 300 (2022) RM1,000 lebih murah berbanding generasi terdahulu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:16 pm
  • 30/06/2022
  • Komen
Harga permulaan Predator Helios 300 (2022) RM1,000 lebih murah berbanding generasi terdahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Buat yang mendambakan prestasi terbaik dalam pakej laptop konvensional, Acer Predator Helios adalah jawapannya seandainya Acer Nitro 5 masih belum memenuhi kehendak anda.

Harga Acer Predator Helios 300 (2022)

Sebanyak 4 varian Helios 300 ditawarkan kali ini. Berikut adalah senarai harganya:



  • Acer Predator Helios 300 PH315-55-72EA – RM7,999
  • Acer Predator Helios 300 PH415-55-71WH – RM8,999
  • Acer Predator Helios 300 PH315-55-796N – RM9,999
  • Acer Predator Helios 300 PH315-55-728S – RM11,999

Harga permulaan Helios 300 kali ini RM1,000 lebih murah berbanding penawaran generasi terdahulu. Tidaklah mengejutkan kerana GPU yang disematkan adalah RTX3060 berbanding RTX3070 dalam model lama.

Namun perlu diingatkan yang CPU Intel generasi ke-12 ada perbezaan nyata daripada segi spesifikasi.



Anda boleh dapatkan Helios 300 melalui gedung dalam talian mereka, pengedar sah diseluruh negara, ataupun berkunjung ke jerayawara yang berlangsung sehingga 3 Julai 2022 di Sunway Pyramid. Seperti biasa, ada beberapa promo sedang berjalan. Salah satunya adalah, sehingga 3 Julai 2022 ini, Helio 300 dijual pada harga promo. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh menebus ganjaran mengikut Tier. Yang paling lumayan, anda beroleh kredit TnG eWallet bernilai RM250 atau kad pemberian Netflix bernilai RM255 atau Acer Gateway Pro Wireless Headset bernilai RM239 atau kredit Steam Wallet bernilai RM250.

Spesifikasi Acer Predator Helios 300 (2022)

Untuk edisi 2022, Helios 300 menggunakan CPU Intel Core i7-12700H dengan panel paparan 15.6” 165Hz, sama seperti panel Nitro 5 (2022) model termahal. Pada siri Helio 300, mereka tawarkan 4 konfigurasi yang berbeza pada sudut RAM, storan, dan GPU.

Varian paling tinggi dikuasakan GPU RTX3080 dengan VRAM 8GB GDDR6. Bersama-sama dengan GPU itu, Acer turut bekalkan RAM seluas 32GB daripada modul DDR5. Untuk menyimpan data, storan 2TB yang dikonfigurasikan dalam keadaan RAID 0 disediakan. Ia adalah jenis NVMe Gen4, piawaian terpantas setakat ini dalam industri.

Ada beberapa teknologi baharu diterapkan pada Helios 300 (2022) ini. Salah satu daripadanya adalah kipas penyejuk Aeroblade generasi ke-5. Acer melaporkan yang ia mempertingkat aliran udara sebanyak 55% berbanding sebelum ini dan juga 15% lebih senyap.

Lagi penambahbaikkan pada sistem penyejuk adalah penggunaan liquid metal yang dikatakan ada kekonduksian haba jauh lebih baik daripada materi penyejuk generasi terdahulu.

Hal-hal gaming menarik laptop ini yang boleh anda temui adalah seperti Intel Killer E2600 dan Killer Wi-Fi 6E. Kemudian, kesemua butang papan kekunci laptop ini ada pencahayaan Mini LED yang lebih cerah dan cantik berbanding LED biasa. Setiap satu daripadanya boleh diubah suai warna untuk kesesuaian keadaan.

Pelbagai macam port I/O boleh ditemukan pada badan Helios 300. Anda ada USB-C yang menyokong Thunderbolt 4, 3 USB-A, 1 mini-Displayport, HDMI 2.1, jek RJ45 untuk LAN, dan jek audio 3.5mm.

Kesemua varian dilindungi jaminan 2 tahun yang turut merangkumi kecurian.

Tags: Aceracer predatoracer predator helios 300acer predator helios 300 (2022)laptopLaptop gaming
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Harga permulaan Predator Helios 300 (2022) RM1,000 lebih murah berbanding generasi terdahulu

Harga permulaan Predator Helios 300 (2022) RM1,000 lebih murah berbanding generasi terdahulu

30 June 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER