• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y77 5G akan dilancar dengan storan besar 256GB

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 04/07/2022
  • Komen
Vivo Y77 5G akan dilancar dengan storan besar 256GB
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu model baru di dalam siri-Y. Model tersebut akan dikenali sebagai Vivo Y77 5G.

Majlis pelancaran Vivo Y77 5G akan diadakan secara dalam talian, menerusi beberapa platform iaitu Facebook, Twitter, YouTube, TikTok, Shopee dan Lazada. Ia akan bersiaran pada hari Khamis, 7 Julai 2022 bermula jam 7.07 malam.



Antara maklumat yang dikongsikan Vivo mengenai peranti baru ini adalah, ia akan datang dengan storan terbesar 256GB supaya pengguna tidak perlu risau tentang ruang storan. Selain itu, telefon ini akan disediakan dalam dua pilihan warna, Starlight Black dan Glowing Galaxy.

Dari gambar yang dimuat naik Vivo Malaysia, Vivo Y77 5G ini hanya ada dua kamera di belakang, serta kamera hadapan terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Ia juga memiliki bingkai rata seperti iPhone 13.



Setakat ini, Vivo Y77 5G masih belum dilancarkan di mana-mana negara. Ini mungkin menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama ia membuat kemunculan. Untuk perbandingan, tahun lepas Vivo Y76 5G dilancarkan pada harga RM1,299 dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Walaupun belum dilancarkan, sudah ada beberapa khabar di internet bercerita tentangnya. Antaranya, akan terdapat dua model dalam siri Y77 5G dengan model lebih baik adalah Y77 Pro 5G. Dikatakan, siri Vivo Y77 akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 8100 dan menyokong pengecasan pantas 80W.

Vivo Y77 5G Series 🇨🇳🇨🇳 July 2022

– Dimensity 8100
– 80W#Vivo #VivoY775G #VivoY77Pro5G

— Paras Guglani (@passionategeekz) June 14, 2022

Bagaimanapun, melihat kepada pengumuman Vivo Malaysia, berkemungkinan besar hanya model bukan Pro akan dilancar tidak lama lagi. Jadi khabar angin tentang cip Dimensity 8100 dan 80W mungkin tidak digunakan untuk model bukan Pro.

Lain-lain perkara pasti akan diketahui pada 7 Julai nanti. Selain harga dan tarikh jualan, jangkakan juga pengumuman mengenai promosi pembelian terawal. Sementara itu, sertai peraduan di Facebook Vivo Malaysia untuk memenangi Vivo Y77 5G.

Tags: vivoVivo Y77
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y77 5G akan dilancar dengan storan besar 256GB

Vivo Y77 5G akan dilancar dengan storan besar 256GB

4 July 2022
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER