• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis perlu beri pampasan, tidak sekadar meminta maaf, menurut CFM

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:49 pm
  • 06/07/2022
  • Komen
Maxis perlu beri pampasan, tidak sekadar meminta maaf, menurut CFM
Share on FacebookShare on Twitter

Rentetan daripada kegendalaan perkhidmatan teruk yang melanda Maxis tempoh hari, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menyeru kerajaan mewujudkan garis panduan pampasan untuk melindungi pengguna.

Hal ini bagi memastikan pengguna tidak hanya menerima permohonan maaf, sebaliknya sesuatu pampasan yang setimpal dengan masalah yang mereka hadapi.



Menurut pengerusi CFM, Muhammad Radzillah, pengguna kini sangat bergantung kepada telco untuk terus berhubung dan sebarang gangguan ataupun kegendalaan perkhidmatan akan memberikan kesan besar kepada mereka.

Golongan pengguna seperti yang bekerja dari rumah, pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian, dan orang yang berada di atas jalan raya yang perlukan sambungan data untuk melakukan pembayaran, semuanya menghadapi masalah sekiranya ada gangguan perkhidmatan.



Menurut CFM, pengguna tidak hanya menghadapi kesukaran, malahan kerugian juga. Makanya, pihak yang terlibat perlulah menerima pampasan yang setimpal.

Walaupun SKMM mempunyai dokumen Piawaian Kualiti Perkhidmatan Mandatori (MSQS), CFM mahukan SKMM mengemas kini dokumen itu untuk memasukkan pampasan yang sepatutnya kepada pengguna sekiranya telco gagal memberikan perkhidmatan sewajarnya.

Berbalik tentang kegendalaan perkhidmatan teruk yang melanda Maxis tempoh hari, pada 30 Jun 2022 lalu, pengguna telco Maxis di Lembah Klang tersangkut di rangkaian EDGE dan lebih ramai tidak ada perhidmatan langsung. Maxis berjaya kembalikan perkhidmatan sekitara 1:30 petang hari yang sama dan hanya permohonan maaf ditawarkan tanpa memperjelas apa yang berlaku, apatah lagi menawarkan sebarang pampasan.

Sumber: CFM

Bacaan berkaitan

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

Tags: CFMmaxistelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Maxis perlu beri pampasan, tidak sekadar meminta maaf, menurut CFM

Maxis perlu beri pampasan, tidak sekadar meminta maaf, menurut CFM

6 July 2022
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER