• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee bersama wakil PDRM kongsi cara kenal pasti scam & cara lindungi diri

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:49 pm
  • 07/07/2022
  • Komen
Shopee bersama wakil PDRM kongsi cara kenal pasti scam & cara lindungi diri
Share on FacebookShare on Twitter

ShopeePay Malaysia bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengadakan satu forum Celik Jenayah Siber, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk menangani peningkatan penipuan (scam) di dalam talian dan jenayah berkaitan e-dagang. Ini juga merupakan Inisiatif untuk mendidik pengguna tentang cara mengenal pasti penipuan dalam talian dan nasihat tentang cara menavigasi platform dalam talian dengan selamat.

Tiga penceramah yang dijemput dalam forum ini ialah:



  1. SAC Willey Anak Richard, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia
  2. Encik Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Pegawai Kawal Selia, Komunikasi Malaysia dan Suruhanjaya Multimedia (SKMM)
  3. Puan Hasjun Hashim, Ketua Bank Negara Malaysia (CBM) Cawangan Pulau Pinang

Ahli panel ini mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa melakukan pemeriksaan di saluran rasmi sebelum membuat sebarang keputusan apabila dihubungi oleh individu, yang mengaku sebagai pegawai kerajaan atau wakil bank.

Diingatkan bahawa, scammer tertarik dengan data peribadi seperti kad kredit atau butiran perbankan mangsa kerana dari situ mereka boleh dapatkan akses kepada wang mangsa. Selalunya, wang mangsa akan dialihkan ke tempat lain yang tidak boleh didapatkan semula dengan mudah.



Selain itu, penjenayah ini juga menggunakan media sosial dan aplikasi komunikasi untuk mencari mangsa. Jenis penipuan dalam talian yang biasa berlaku ialah penipuan pekerjaan, penipuan pancingan data serta taktik penyamaran di mana scammer mendakwa berasal bank, LHDN mahupun Shopee.

Jika anda sedar yang anda dihubungi scammer, anda harus hentikan panggilan atau SMS itu dan sekat nombor mereka. Lindungi diri anda dengan menelefon bank dan semak telefon anda sekiranya ada perisian hasad. Akhir sekali, kumpulkan bukti dan buat laporan polis.

Di samping itu, menurut Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia, untuk sentiasa melindungi pengguna Shopee, ShopeePay akan menghantar pemberitahuan kepada pengguna pada setiap bulan, dengan kemas kini seperti taktik penipuan terkini dan cara mengelak daripada ditipu. Nampaknya di sini, Shopee komited memastikan penggunanya selamat daripada penipuan siber.

Ada banyak berita mengenai scam dikongsikan di portal berita dan media sosial hampir setiap minggu. Maka, dengan peringatan penting ini, semoga individu menjadi lebih berhati-hati dan tiada lagi yang menjadi mangsa penipuan siber.

Bacaan berkaitan

  • Bagi akaun bank diguna untuk jenayah, lebih seribu pemilik akaun keldai ditahan
  • TIPS: 6 cara kenal pasti penipuan pekerjaan di Internet
  • Maybank beri amaran tentang scam aplikasi, ada pengguna telah menjadi mangsa
Tags: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)pdrmSCAMShopeeShopeePay
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Shopee bersama wakil PDRM kongsi cara kenal pasti scam & cara lindungi diri

Shopee bersama wakil PDRM kongsi cara kenal pasti scam & cara lindungi diri

7 July 2022
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN