• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Muat turun WhatsApp versi terbaru ini di Windows, boleh mesej walaupun telefon anda di luar talian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:29 pm
  • 17/08/2022
  • Komen
Muat turun WhatsApp versi terbaru ini di Windows, boleh mesej walaupun telefon anda di luar talian
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, pengguna WhatsApp di Windows perlu gunakan aplikasi WhatsApp desktop berasaskan web (WhatsApp Desktop) atau akses perkhidmatan pemesejan ini daripada pelayar web untuk baca atau hantar mesej. Tapi, anda kini boleh guna perkhidmatan ini dengan lebih mudah dengan adanya aplikasi natif WhatsApp pada Windows.

Antara muka aplikasi ini tidak kelihatan berbeza, cuma ia telah direka bentuk serta dioptimumkan untuk sistem operasi desktop anda. Malah ia juga boleh menerima mesej secara berterusan walaupun telefon anda berada di luar talian (offline). Jadi anda boleh juga hantar atau sync mesej pada bila-bila masa sahaja. Anda kini boleh cubanya dengan memuat turun aplikasi ini di Microsoft Store.



Selain itu, menurut WhatsApp juga aplikasi ini sedang dibagunkan untuk sistem operasi macOS. Walaupun begitu, anda boleh dapatkan akses awal dengan memuat turun program beta di sini.

Sebelum ini, ciri WhatsApp berbilang peranti telah dilancarkan sepenuhnya kepada pengguna. Dengannya, anda boleh buka WhatsApp menggunakan sehingga empat peranti berbeza tanpa perlu telefon anda dihidupkan. Jadi, dengan adanya ciri ini dan aplikasi natif, tentunya anda akan lebih mudah berhubung dengan kenalan anda tanpa perlu telefon berada di sisi.



[Sumber: TheVerge, WhatsAPP]

Tags: whatsappwhatsapp windows
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Muat turun WhatsApp versi terbaru ini di Windows, boleh mesej walaupun telefon anda di luar talian

Muat turun WhatsApp versi terbaru ini di Windows, boleh mesej walaupun telefon anda di luar talian

17 August 2022
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN