• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G tersedia untuk pengguna Celcom pada bulan September, InsyaAllah

  • OLEH Najib
  • 12:25 pm
  • 29/08/2022
  • Komen
5G tersedia untuk pengguna Celcom pada bulan September, InsyaAllah
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa ke ibupejabat Celcom minggu lepas, CEO Celcom iaitu Datuk Mohamad Idham Nawawi ada berkongsi tentang kesediaan 5G untuk pengguna Celcom. Menurutnya, perkhidmatan 5G akan tersedia di rangkaian Celcom seawal bulan hadapan.

Tambah Idham, Celcom telah menjalankan ujian 5G bersama kakitangan di Kuala Lumpur. Seperti yang dinyatakan oleh The Vibes, Idham menyebut “InsyaAllah, jika tiada halangan dan semuanya berjalan lancar, kami akan membawa perkhidmatan 5G kepada pelanggan pada bulan September.”



Lawatan MenKomm ke Ibu Pejabat Celcom

Buat masa sekarang, hanya YTL Communications menerusi Yes, telah menyediakan perkhidmatan 5G kepada pengguna di Malaysia. Pada bulan Disember 2021, Telekom Malaysia telah mengumumkan bahawa pengguna Unifi Mobile akan dapat menikmati rangkaian 5G di bawah ujian rintis 5G Digital Nasional Berhad (DNB), tetapi ia masih belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Jika Celcom mengadakan ujian 5G seperti Yes, pengguna Celcom mungkin dapat menikmati rangkaian 5G percuma untuk pelan terpilih tanpa bayaran tambahan. Malah, Celcom yang merupakan rakan telekomunikasi rasmi Apple, mungkin dapat memberikan perkhidmatan 5G kepada iPhone yang sedia terbina 5G padanya.



Sehingga hari ini, masih belum ada syarikat telekomunikasi (telco) utama menandatangani perjanjian komersial bersama DNB yang menyediakan perkhidmatan borong tunggal (SWN) 5G di Malaysia, antaranya disebabkan harga dan ketidaktelusan perjanjian. Empat telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile juga telah mengeluarkan kenyataan bersama pada April, mengatakan tawaran DNB tidak akan memberikan perkhidmatan 5G yang mampu milik dan berkualiti kepada rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pula menyatakan bahawa telco mesti bersetuju dengan terma dan syarat DNB pada 31 Ogos 2022, atau berhadapan risiko tidak dapat menggunakan perkhidmatan 5G di Malaysia. Pelbagai pertemuan dan perbincangan telah dilakukan dan dikatakan telah mencapai kata muktamad pada 8 Julai, tetapi masih belum ada telco yang menandatangani Tawaran Akses Rujukan (RAO) atau mengumumkan pengambilalihan pegangan dalam DNB.

Annuar Musa dalam lawatan ke Celcom turut menyatakan, perbincangan mengenai pengambilalihan pegangan DNB menunjukkan reaksi positif dan enam telco dijangka menandatangani perjanjian pada 31 Ogos 2022. Tambah Annuar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menentukan beberapa terma dan syarat, serta dia yakin semua pihak akan dapat menerimanya.

[Sumber: SoyaCincau]
[Gambar: Facebook]

Tags: 5gcelcomDNB
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
5G tersedia untuk pengguna Celcom pada bulan September, InsyaAllah

5G tersedia untuk pengguna Celcom pada bulan September, InsyaAllah

29 August 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN