• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dynamic Island laku keras di China, 85% tempahan awal adalah iPhone 14 Pro ataupun iPhone 14 Pro Max

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:03 pm
  • 19/09/2022
  • Komen
Dynamic Island laku keras di China, 85% tempahan awal adalah iPhone 14 Pro ataupun iPhone 14 Pro Max
Share on FacebookShare on Twitter

Media melaporkan yang Apple di China menerima lebih 2 juta tempahan untuk memiliki iPhone 14. Berdasarkan laporan yang sama, sebanyak lebih 85% daripada tempahan itu adalah untuk varian iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Baki kira-kira 200 ribu lagi, sebahagian besarnya adalah untuk iPhone 14 dan kurang daripada 5% adalah untuk iPhone 14 Plus.

Sumber

Golongan pengguna yang inginkan produk terbaik dan terkini dilapor lebih cenderung mendapatkan iPhone 14 berbanding jenama tempatan seperti Huawei Mate 50. Walaupun Huawei Mate 50 dikatakan lebih berkuasa berbanding iPhone 14, serinya tercalar dek ketiadaan fungsi 5G akibat sekatan dagang A.S yang menyebabkan SoC Snapdragon 8+ Gen 1 pada flagship Huawei itu tidak didatangkan dengan modem 5G.



Huawei Mate 50 di China, walaupun spesifikasinya mantap tapi ketiadaan 5G jadikannya suram

Untuk dua varian lebih rendah iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, kesuraman tempahan awal mungkin berpunca dariapda sentiment pengguna yang melihat ia tidaklah satu naik taraf yang berbaloi untuk didapatkan buat masa ini. Mana tidaknya, mereka masih menggunakan SoC yang sama dengan siri iPhone 13 cumanya serta saiz iPhone 14 Plus yang lebih besar.

Dalam pasaran A.S dan China, harga siri iPhone 14 yang dilancarkan adalah sama dengan siri iPhone 13 tempoh hari. Ia mungkin menyumbang kepada pola tempahan sebegini rupa. Lain pula situasinya untuk pasaran Malaysia.



Walaupun kita adalah antara negara dalam gelombang pertama pengedaran iPhone 14, harga siri itu naik antara RM400 hingga RM700 berbanding siri terdahulu. Ia dipercayai disumbang oleh persekitaran ekonomi semasa. Adakah harga untuk siri iPhone 15 kelak adalah sama dengan siri iPhone 14?

Sumber: SCMP

Tags: apple iphoneapple iphone 14Apple iPhone 14 Plusapple iphone 14 proapple iphone 14 pro maxiphoneiPhone 14 Plusiphone 14 proiphone 14 pro max
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Dynamic Island laku keras di China, 85% tempahan awal adalah iPhone 14 Pro ataupun iPhone 14 Pro Max

Dynamic Island laku keras di China, 85% tempahan awal adalah iPhone 14 Pro ataupun iPhone 14 Pro Max

19 September 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER