• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi tawar 2 pelan pascabayar “unlimited” baharu bermula RM55/bulan, ada FUP seperti biasa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:45 am
  • 04/10/2022
  • Komen
Digi tawar 2 pelan pascabayar “unlimited” baharu bermula RM55/bulan, ada FUP seperti biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Digi telah mengumumkan 2 pelan pascabayar “unlimited” baharu di bawah nama Postpaid Infinite 55 dan Postpaid Infinite 75. Tapi, penawaran ini adalah dalam waktu terhad kepada 5,000 pendaftaran terawal sahaja untuk setiap pelan. Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, gegaslah pergi daftar, Tapi sebelum itu mari baca spesifikasi lanjut produk ini.

Tanpa had, tapi ada FUP dan had kelajuan

Seperti kebanyakan produk telco yang menjaja frasa “tanpa had” Postpaid Infinite 55 dan Infinite 75 memiliki FUP sebanyak 600GB pada kelajuan masing-masing 6Mbps dan 12Mbps.



FUP 600GB adalah nyata lebih rendah berbanding Digi Infinite yang asal iaitu pada 999GB dan lebih baik, kelajuan pelan yang telah ditamatkan penwaarannya itu tidak dihadkan.

Selain itu, pelan pasbayar terbaharu “tanpa had” ini juga menyediakan kuota hotspot sebanyak 10GB. Panggilan keluar juga tanpa had tapi SMS dicaj pada kadar RM0.10/SMS.



Freebies menarik jika anda ditambat kontrak 12 bulan

Seandainya anda bersetuju untuk mengikat kontrak bersama Digi selama 12 bulan, anda juga akan menerima pemberian percuma, Free add-on. Anda boleh pilih salah satu daripada berikut:

  • Kuota tambahan percuma. 10GB untuk Infinite 55 dan 20GB untuk Infinite 75.
  • Kuota tanpa had berkelajuan tinggi medsos (Facebook, Instagram, Twitter, dan TikTok)
  • Kuota tanpa had berkelajuan tinggi penstriman (Netflix, YouTube, Astro Go, Viu, Unifi PlayTV, dan Daily Motion)
  • Kuota tanpa had berkelajuan tinggi gaming (League of Legends, Mobile Legends, League of Legends Wild Rift, PUBG, Call of Dut, Free Fire, Arena of Valor).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: digidigi postpaid unlimitedtelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Digi tawar 2 pelan pascabayar “unlimited” baharu bermula RM55/bulan, ada FUP seperti biasa

Digi tawar 2 pelan pascabayar “unlimited” baharu bermula RM55/bulan, ada FUP seperti biasa

4 October 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER