Dengan tambang penerbangan rendah, ramai telah mampu melancong ke luar negara. Tetapi bila mahu berinternet, terasa mahal pula membayar RM30 yang boleh digunakan sehari sahaja.
Apa kata kalau anda hanya perlu membayar RM1 sehari untuk menggunakan aplikasi permesejan sosial seperti WhatsApp, WeChat dan Facebook Messenger?
Kini ia boleh dilakukan pengguna Xpax, kerana Celcom baru memperkenalkan ‘Xpax 1-Day Basic Internet Pass’. Ia memberikan kelajuan internet asas 64kbps, untuk kegunaan mesej berasaskan teks sahaja bagi aplikasi mesej sosial seperti WhatsApp, WeChat, Facebook Messenger dan lain-lain.
Bagaimanapun tawaran ini terhad kepada 9 negara ASEAN sahaja iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Kemobja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
Dari ruangan soalan FAQ, Celcom menyatakan terdapat had kuota 30MB sehari untuk pelan perayauan ini, dan masa tamat hariannya adalah pada jam 12 tengah malam waktu Kuala Lumpur, tidak kira di negara mana anda berada.
Pelan perayauan RM1 ini boleh dilanggan samada dengan menghantar SMS <BASIC ROAM> ke nombor 28882, atau mendail *118#, atau melalui aplikasi Xpax. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman Xpax 1-Day Basic Internet Pass.
Selain pelan perayaun RM1, pengguna Xpax juga boleh memilih pelan perayauan lain seperti 1-Day Social Roam Pass RM10 sehari, yang memberikan 1GB akses WhatsApp, Twitter dan WeChat, beserta 50MB internet berkelajuan tinggi di 10 negara iaitu Singapura, Indonesia, Kemboja, Siri Lanka, Bangladesh, Hone Kong, Taiwan, Macau, Jepun, India.
Pelan perayauan penuh pula boleh dilanggan pada kadar RM38 sehari, dengan kuota sehingga 500MB ke lebih 160 negara.
Pelan perayauan internet ke luar negara kini semakin kompetitif, terutama di negara ASEAN. Harga perayauan internet semakin murah kerana telco berebut-rebut memberikan tawaran terbaik, terutama melalui prabayar.
Hotlink contohnya menawarkan perayauan internet RM10 sehari bersama 1GB kuota. Digi pula membuat kombo RM25 untuk kegunaan 3 hari yang disertakan 2GB data dan 30 minit panggilan. U Mobile pula sudah sekian lama menawarkan 500MB untuk RM10 sehari.
Adakah anda pengguna Xpax dan akan ke luar negara tidak lama lagi? Bolehlah cuba melanggan pelan perayauan Xpax seperti di atas. Jika tidak pun, boleh dapatkan pek permulaan Xpax dari pengedar berhampiran dan terus mengaktifkannya.
Maklumat lanjut tentang tawaran Xpax ini boleh dirujuk di laman Xpax 1-Day Basic Internet Pass.