• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Family Link ada antaramuka baru yang mudah, ditambah ciri keselamatan penting untuk anak

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:29 pm
  • 20/10/2022
  • Komen
Family Link ada antaramuka baru yang mudah, ditambah ciri keselamatan penting untuk anak
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Family Link sememangnya berguna sebab ia memudah ibu bapa pantau aktiviti anak melalui telefon pintar. Antara ciri yang ada ialah, sekat kandungan dewasa dari diakses anak, pantau jumlah masa skrin dan kunci peranti mereka dari jauh. Jika anda sudah biasa dengan aplikasi ini, anda perasan tak, antara muka yang dibawakan dalam peranti ibu bapa nampak sangat biasa?

Cirinya sudahlah banyak, kemudian semuanya tak disusun dalam satu tab khusus. Contohnya, ciri Bedtime, kunci skrin dan lokasi disusun bercampur secara menegak dalam satu halaman yang sama. Jadi, adakalanya susah ibu bapa cari ciri yang paling diperlukan setiap hari seperti kawalan masa skrin dan tetapan untuk menyekat akses kepada aplikasi tertentu.



Antara muka di aplikasi ibu bapa direka lebih ringkas & mudah diguna

Seperti mengetahui masalah ini, Google baru-baru ini ada menambah baik aplikasi ini dengan memperkenalkan antara muka yang direka bentuk semula untuk ibu bapa. Dengannya anda kini boleh akses semua kawalan yang kerap digunakan dengan lebih mudah melalui reka bentuk tiga tab, Iaitu Highlights, Controls dan Location.

Di bawah tab Highlight anda boleh lihat data terkini mengenai perkara yang dilakukan anak anda seperti aplikasi yang baru dipasang, masa skrin dan tempoh penggunaan aplikasi. Kemudian, tab Controls pula membolehkan anda awasi dan tetapkan had masa skrin untuk setiap peranti atau untuk aplikasi tertentu, tetapkan sekatan kandungan dan uruskan penggunaan aplikasi mereka.



Seterusnya di tab Location, anda boleh lihat semua lokasi peranti anak anda berada pada satu peta yang sama. Anda juga akan temui ciri berguna lain seperti hayat bateri dan keupayaan membunyikan peranti anak anda untuk mencarinya sekiranya ia tersembunyi secara tidak sengaja contohnya di bawah bantal sofa.

Malah, anda juga boleh hidupkan pemberitahuan untuk memaklumkan apabila anak anda tiba atau tinggalkan destinasi tertentu seperti sekolah. Jadi, anda bolehlah pastikan dimana lokasi mereka berada walaupun secara dalam talian, tanpa perlu mesej atau buat panggilan telefon. Dengan ciri ini juga, bolehlah anda ambil tindakan pantas jika dapat notifikasi bahawa anak anda berada di lokasi yang tidak sepatutnya mereka kunjungi.

Di samping itu, Google turut mencipta tempat khusus untuk anda lihat notifikasi dan permintaan daripada anak anda. Semua ini boleh dilakukan dengan klik pada loceng pemberitahuan di bahagian atas kanan aplikasi.

Kemas kini ini nampak sangat memudahkan penggunaan Family Link, ia sudah mula dilancarkan secara berfasa. Jika anda belum tetapkan Family Link pada telefon anak anda, saya cadangkan untuk anda lakukannya segera supaya aktiviti mereka di dalam talian dapat dipantau dan dikawal dengan mudah. Anda boleh tonton cara guna dan tetapkannya melalui video di bawah.

[Sumber: AndroidPolice, Google]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: Aplikasi Family Link mudahkan ibu bapa kawal peranti anak dari jauh
  • TIPS: Cara kunci skrin di Android untuk kawal kanak-kanak gunakan aplikasi
  • TIPS: Cara tapis kandungan di YouTube Kids agar lebih sesuai dengan usia anak
Tags: Family Link
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Family Link ada antaramuka baru yang mudah, ditambah ciri keselamatan penting untuk anak

Family Link ada antaramuka baru yang mudah, ditambah ciri keselamatan penting untuk anak

20 October 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN