• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile 5G sedia diguna mulai November untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih

  • OLEH Najib
  • 1:23 pm
  • 31/10/2022
  • Komen
Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangi Perjanjian Akses 5G (AA) bersama Digital Nasional Berhad (DNB) pada 30 Oktober 2022. Sehubungan itu, pengguna U Mobile akan dapat menikmati rangkaian 5G yang pantas tidak lama lagi.

Menurut U Mobile, pelanggan prabayar dan pascabayar dengan pelan sedia-5G akan dapat berhubung ke rangkaian 5G mulai 3 November 2022, menggunakan peranti yang serasi.



Pelan U Mobile yang sedia-5G adalah seperti berikut:

Pascabayar



  • U Postpaid 38
  • U Postpaid 68
  • U Postpaid 98
  • U FamilyShare lines

Prabayar

  • Prepaid U25
  • Prepaid U35

Tetapi untuk pelan prabayar, pengguna hanya boleh menikmati 5G apabile menebus Speed Booster percuma, yang disedikan sebanyak 30 jam sebulan. Apabila Speed Booster diaktifkan, pengguna akan dapat menikmati kelajuan penuh tanpa had selama 1 jam setiap hari. Tanpa booster ini, kelajuan internet akan dihadkan kepada 3Mbps untuk U25 dan 6Mbps bagi U35.

Pelanggan pelan U Mobile yang lain, perlu menunggu jika ada pengumuman untuk mereka selepas ini.

Rangkaian 5G DNB kini telah mencapai 33.2% liputan di kawasan berpopulasi, dengan sejumlah 1,915 tapak. Liputan 5G ini termasuk di Lembah Klang, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Menurut perancangan awal, DNB mensasarkan untuk mencapai 40% liputan 5G di kawasan berpopulasi menjelang akhir 2022 dan 80% liputan 5G pada akhir tahun 2024.

Tidak seperti Celcom, Digi, Telekom Malaysia dan YTL Communication, U Mobile dan Maxis telah mengambil keputusan untuk tidak membeli pegangan saham di dalam DNB. Seperti dalam pengumuman bulan lepas, U Mobile mahu menawarkan perkhidmatan 5G tanpa melabur di dalam DNB.

Bacaan Berkaitan

  • Maxis dan U Mobile tidak berminat dengan saham DNB, mahu jadi pengguna 5G sahaja
  • Unifi kini tawarkan 5G, ini pilihan untuk anda pertimbangkan
  • Ini senarai telefon terbaik yang sokong 5G Malaysia, daripada paling murah hinggalah paling mahal
Tags: 5gDNBu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

U Mobile 5G sedia diguna mulai November untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih

31 October 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN