• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar Google Playstore dengan Boost dan terima pulangan tunai

  • OLEH Najib
  • 5:38 pm
  • 02/11/2022
  • Komen
Bayar Google Playstore dengan Boost dan terima pulangan tunai
Share on FacebookShare on Twitter

Google Playstore adalah satu gedung menawarkan banyak barangan digital, seperti perisian, aplikasi, filem, buku elektronik, lagu dan banyak lagi. Pengguna Android khususnya, boleh membuat pembelian di dalam aplikasi, menggunakan kaedah bayaran yang terdapat di Playstore.

Boost, penyedia perkhidmatan dompet elektronik (ewallet) yang telah menyediakan lebih banyak perkhidmatan kewangan di Malaysia, mengumumkan bahawa mereka kini menyediakan perkhidmatan pembayaran di dalam Google Playstore. Ia adalah eWallet ketiga menawarkan perkhidmatan ini, selepas Touch n Go eWallet dan ShopeePay. Selain bayaran kad debit dan kredit, Google Playstore juga menyokong pembayaran menerusi bil pascabayar telco dan kredit prabayar telco.



Main sampai puas dengan Boost

Bagi meraikan permulaan Boost sebagai perkhidmatan pembayaran di Playstore, Boost memulakan kempen ‘Play To No End‘. Dari 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023, pengguna yang membuat pembayaran di Google Playstore menggunakan Boost berpeluang menerima penjimatan sehingga RM10.

Boost akan memberikan RM5 pulangan tunai sebagai kredit Google Play apabila membuat pembayaran pertama di Google Playstore menggunakan Boost. RM5 kedua pula diberikan dalam bentuk kredit Dompet Rakan Niaga Boost selepas membuat pembayaran seterusnya dalam bulan berikut.



Cara menambah Boost di Google Play

Sebelum membuat pembayaran ini, pengguna Boost perlukan mengaktifkan pilihan Boost eWallet di dalam Google Play. Caranya mudah sahaja, buka aplikasi Google Playstore dan pergi ke tetapan akaun di hujung atas kanan. Selepas itu pilih ‘Payments and subscriptions’ dan tekan pada ‘Payment methods’.

Akan ada pilihan ‘Add Boost App‘ dan anda perlu memasukkan nombor telefon akaun Boost anda. Ikut langkah seterusnya untuk mendaftar masuk dan anda boleh mula membuat bayaran melalui Boost selepas itu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Boost Play To No End.

Tags: BoostGoogleGoogle PlayGoogle Playstore
Najib

Najib

POPULAR

Bayar Google Playstore dengan Boost dan terima pulangan tunai

Bayar Google Playstore dengan Boost dan terima pulangan tunai

2 November 2022
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN