• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Nipis, Ringan, Berkuasa dari 3 Laptop baru di Acer Day 2018

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 03/08/2018
  • Komen
Nipis, Ringan, Berkuasa dari 3 Laptop baru di Acer Day 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Day kembali lagi ke Malaysia buat tahun kedua dengan promosi yang menarik. Serentak dengan perasmian Acer Day 2018, mereka turut memperkenalkan tiga model laptop baru iaitu laptop gaming Predator Helios 300 Special Edition, Swift 7 dan Switch 7 Black Edition.

Selain memiliki kuasa yang tinggi, laptop baru ini menampilkan rekaan yang nipis dan berat badan yang ringan. Ia juga hadir dengan ciri unik seperti sistem penyejukan tanpa kipas dan slot kad sim 4G untuk sambungan internet sepanjang masa.



Acer Predator Helios 300 Special Edition

Laptop ini bukanlah model baru di Malaysia, tetapi kali ini ia memiliki tanda Edisi Khas dan datang dalam kuantiti terhad. Hanya 50 unit ditawarkan di Malaysia.

Apa yang membezakannya adalah rupa luarannya yang bersalut warna putih dengan sentuhan emas, berbanding hitam dan merah pada versi biasa.



Di dalam, Predator Helios 300 Edisi Khas dikuasakan cip pemproses Intel Core i7-8750H, RAM DDR4 8GB serta kad grafik NVIDIA GeForce GTX1060 (VRAM GDDR5 6GB). Storannya pula 256GB dari jenis SSD dan 1TB HDD.

Sebagai laptop gaming, Helios 300 ini memiliki paparan dengan kadar segar semula sepantas 144Hz. Ia dari jenis IPS berukuran 15.6-inci dan resolusi HD Penuh. Ia juga sedia menjalankan sebarang aplikasi dan perkakas realiti maya (VR).

Sistem penyejukan diuruskan oleh dua kipas besi khas AeroBlade 3D Acer yang memiliki bilah kipas paling nipis di dunia, setebal 0.1mm sahaja.

Khas untuk laptop edisi khas ini, pembeli akan turut menerima beg sandang, fon kepala, tetikus dan pad tetikus, semuanya berwarna putih yang sama seperti laptop itu sendiri.

Laptop Acer Predator Helios 300 Special Edition akan dijual di Malaysia bermula pertengahan Ogos, dengan harga RM6,199 dan jaminan selama dua tahun. Ia boleh dibeli di semua Stor Dalam Talian Rasmi Acer dan Predator Partners yang sah di seluruh negara.

Acer Swift 7

Komputer ini sangat nipis, hanya setebal 8.98mm dan perkara paling menarik padanya adalah sokongan 4G LTE. Ia memiliki slot kad sim dan boleh digunakan untuk sambungan internet sepanjang masa di mana jua.

Laptop Acer Swift 7 dikuasakan cip pemproses Intel Core i7-7Y75, RAM LPDDR3 sebanyak 8GB dan grafik oleh Intel HD Graphics 615. Ia menggunakan storan super pantas dari jenis SSD PCIe NVMe sebesar 256GB.

Paparannya dari jenis IPS seluas 14-inci, resolusi HD Penuh dan memiliki fungsi skrin sentuh. Ia dilindungi oleh kaca dari Gorilla Glass. Bagi tambahan keselamatan, pengimbas capjari terdapat padanya untuk daftar masuk mudah dan selamat melalui Windows Hello.

Laptop ini menggunakan sambungan USB-C untuk mengecas bateri. Selain pengecas yang disertakan, anda turut boleh menggunakan mana-mana pengecas USB-C dengan kuasa 45W dan ke atas. Hayat baterinya pula sehingga 10 jam.

Semua pembelian Acer Swift 7 akan menerima bekas pelindung, satu adapter USB Type C kepada HDMI dan adapter USB Type A tersedia di dalam kotak. Ia telah sedia dijual di Malaysia dengan harga RM6,399 dari penjual sah Acer di seluruh negara.

Acer Switch 7 Black Edition

Bagi peminat rekaan Microsoft Surface Pro, Acer membawakan Switch 7 Black Edition dengan perkakas paling berkuasa dalam keluarganya. Lebih menarik lagi adalah sistem penyejukan tanpa kipas di dalamnya, menggunakan teknologi Dual LiquidLoop Acer menjadikannya beroperasi dengan sangat senyap serta bebas habuk.

Prestasinya tidak boleh disangkal hebat kerana ia dilengkapi cip pemproses Intel Core i7-8550U, RAM LPDDR3 sebanyak 16GB serta kad grafik dedikasi dari jenis NVIDIA GeForce MX150 dengan 2GB GDDR5 VRAM.

Ia menggunakan paparan IPS berukuran 13.5-inci dalam nisbah 3:2 dan resolusi QuadHD 2256×1504.

Satu lagi ciri unik Switch 7 Black Edition adalah kaki Acer Stand, yang boleh dibuka dan disimpan secara automatik. Ini membolehkan ia dibuka dan digunakan dengan sebelah tangan sahaja.

Acer Malaysia telah mula menjual laptop Switch 7 Black Edition dengan harga RM6,999 dari pengedar sah di seluruh negara.

Tags: AcerAcer DayAcer Day 2018Acer MalaysiaAcer Predator Helios 300 Special EditionAcer Swift 7Acer Switch 7 Black EditionPredator Helios 300Swift 7Switch 7 Black Edition
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nipis, Ringan, Berkuasa dari 3 Laptop baru di Acer Day 2018

Nipis, Ringan, Berkuasa dari 3 Laptop baru di Acer Day 2018

3 August 2018
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER