• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi 14 November 2022, ini pampasan yang menanti pengguna terjejas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:04 pm
  • 13/11/2022
  • Komen
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi 14 November 2022, ini pampasan yang menanti pengguna terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

Rapid KL melalui saluran rasmi mereka mengumumkan yang laluan Kelana Jaya yang ditutup minggu lepas akan dibuka semula 14 November 2022 jam 6 pagi.

Ia selepas pakar daripada Thales Group yang diterbangkan dari luar negara mengisytiharkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya.



Apa pampasan yang disediakan kepada pengguna yang terkesan?

Sehubungan dengan bersambungnya laluan Kelana Jaya itu, pihak pengendali perkhidmatan telah Menyusun beberapa program pampasan untuk pengguna yang terkesan.

Buat pengguna pas My50, pengguna akan diberi tambahan perjalanan percuma selama tujuh (7) hari apabila memperbaharui pas My50 setelah tamat tempoh. Pembaharuan boleh dilakukan bermula 21 November hingga 20 Disember 2022. Pengguna perlu kemana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT dan Pegawai Khidmat Pelanggan akan membuat pengesahan.



Bagi pelanggan pas My50 yang tamat tempoh di antara Isnin 14 November hingga Ahad 20 November 2022, boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa sebarang caj. Sila pastikan sekurang-kurangnya RM5.00 nilai tersimpan dikekalkan di dalam pas.

Buat pengguna kad Touch ‘n Go, perhidmatan percuma diberikan kepada anda antara 14 November 2022 hingga 20 November 2022 apabila mereka masuk dan keluar di mana-mana stesen dalam laluan Kelana Jaya. Untuk menikmati kemudahan ini, anda diminta untuk pastikan baki dalam kad sekurang-kurangnya RM5.00.

Golongan pengguna yang menggunakan token pula, mereka boleh pergi ke mana-mana kaunter Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel, dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala, dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen laluan Kelana Jaya.

Bacaan berkaitan

Himpunan masalah LRT Kelana Jaya sepanjang tahun ini, apakah Rapid KL masih belum sedar?

Anthony Loke: Naik taraf sistem LRT akan diberi keutamaan tertinggi jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan

Operasi LRT Kelana Jaya ditutup sehingga 15 November, RapidKL sediakan pengangkutan alternatif percuma

Tags: lrtlrt kelana jayaPrasaranaRapid KL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi 14 November 2022, ini pampasan yang menanti pengguna terjejas

LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi 14 November 2022, ini pampasan yang menanti pengguna terjejas

13 November 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER