• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PSA: Google Pay boleh buat bayaran tanpa buka kunci skrin!

  • OLEH Najib
  • 4:24 pm
  • 15/11/2022
  • Komen
PSA: Google Pay boleh buat bayaran tanpa buka kunci skrin!
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia meraikan kedatangan Google Pay ke Malaysia hari ini. Ia fungsi yang sudah lama dinanti ramai, terutama untuk pengguna Android bukan jenama Samsung. Apple Pay juga baru sahaja dilancarkan di Malaysia, memberi kemudahan kepada pengguna iPhone dan Apple Watch membuat pembayaran tanpa tunai.

Tetapi tahukah anda, Google Pay boleh digunakan tanpa membuka kunci skrin telefon? Saya telah mencubanya sendiri apabila membeli kopi di sebuah kedai kopi kecil di pusat bandar Kuala Lumpur iaitu Jiak Kopi.



Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA)

Tahu tak, anda boleh bayar guna Google Pay tanpa buka kunci skrin? Ya, tak perlu 'unlock screen' pun boleh bayar 🤯😱😖

Baca lebih lanjut: https://t.co/6nK8KqP2hd#GooglePay #Android #GoogleMalaysia pic.twitter.com/KQKQ3qqSpn

— SoyaCincau (BM) (@SoyaCincauBM) November 15, 2022

Dalam video di atas, anda dapat melihat kunci skrin telefon masih belum dibuka dan di sentuh terus ke terminal kad. Pembayaran diproses dan resit dicetak keluar.

Pembayaran tanpa buka kunci skrin ada had

Merujuk kepada laman bantuan Google Pay, ia menyatakan tidak perlu membuka kunci skrin untuk bayaran kecil. Tetapi ada had, berapa banyak kali transaksi boleh dibuat tanpa membuka kaunci skrin.



Dalam laman bantuan ini, ia menyenaraikan Malaysia dengan had pembayaran RM250. Ia adalah had yang sama untuk pembayaran tanpa sentuh kad kredit/debit di Malaysia.

Pendek kata, telefon Android anda ada ciri keselamatan yang serupa dengan kad kredit/debit tersebut. Sesiapa sahaja boleh membawa telefon anda pergi ke kedai dan membayar kurang dari RM250.

Jadi, keselamatan untuk Google juga sebaik kad kredit/debit ini? Pada pandangan saya, kalau ada orang nak pinjam kad kredit/debit adalah pelik dan aneh. Melainkan kita beri sebab nak buat bayaran.

Tapi lain pula dengan telefon pintar, tolak tepi cerita telefon dicuri. Ada banyak sebab kawan atau saudara kita boleh pinjam telefon. Atau anak kita sendiri. Pinjam telefon untuk buat panggilan, ambil gambar video, buat carian internet, semak arah peta atau apa sahaja. Tetapi kemudian dia pergi 7-Eleven beli aiskrim, atau pergi Starbucks dan beli kopi frappe macchiato latte raspberry dan roti. Tak sampai RM200 dan bayaran dilepaskan oleh Google Pay.

Nak marah mungkin tak sampai hati tetapi jika ada kawalan dalam tetapan, ia boleh dielakkan lebih awal.

Di Apple Pay, pengguna perlu membuka kunci skrin menggunakan Face ID atau Touch ID, baru boleh membuat bayaran. Samsung Pay pula, pengguna perlu membuka kunci skrin dengan mengimbas capjari dahulu, baru bayaran dilakukan. Tetapi tidak di Google Pay, anda boleh sentuh terus dan bayar.

Mungkin tetapan keselamatan ini ada, kerana dalam laman bantuan Google Pay, ada dinyatakan terdapat fungsi keselamatan tambahan iaitu ‘Required device unlock for NFC’. Tetapi saya tak jumpa tetapan ini di dalam telefon Samsung Galaxy S20 FE dan Xiaomi 11T Pro.

Adakah saya terlepas pandang atau kesilapan pihak pengeluar peranti? Saya telah menghubungi Google Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut dan akan berkongsi apabila mendapat balasan.

Bacaan Berkaitan

  • Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon
  • Cara membayar dengan Google Pay di Malaysia
  • Ini senarai kad bank yang disokong Apple Pay, Google Pay, dan Samsung Pay
Tags: Googlegoogle payGoogle Wallet
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
PSA: Google Pay boleh buat bayaran tanpa buka kunci skrin!

PSA: Google Pay boleh buat bayaran tanpa buka kunci skrin!

15 November 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER