• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stesen EV 350kW Gentari di X Park Sunway Serene kini beroperasi pada kapasiti penuh

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:38 pm
  • 10/12/2022
  • Komen
Stesen EV 350kW Gentari di X Park Sunway Serene kini beroperasi pada kapasiti penuh
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dijadualkan pada 15 Disember 2022, stesen EV Gentari di X Park Sunway Serene yang dulu kami laporkan dihadkan kuasanya berbanding 350kW yang diumumkan kini didapati beroperasi pada kapasiti penuh. Hal ini bermakna, EV yang boleh menerima kuasa lebih daripada 175kW boleh menikmati pengecasan lebih pantas.

Stesen pengecas EV Gentari 350kW rupanya tidak beroperasi pada kapasiti penuh, ini sebabnya



Dimaklumkan yang pihak pengendali telahpun selesai menjalankan ujian fasa akhir dan telah memadamkan had yang dikenakan sebelum ini.

Pihak kami mendapati yang sebuah Kia EV6 GT-Line AWD telah dicas daripada 8% hingga ke paras 90% dalam tempoh cuma 30 minit 33 saat sahaja. Relatif kepada kapasiti bateri EV6 yang berjumlah 77.4kWh, jumlah kuasa yang berpindah daripada pengecas ke dalam bateri kereta adalah 66.84kWh. Sewaktu mengecas, kadar kerja yang tertinggi dicerap adalah 237kW sewaktu paras bateri 50%.



Pengecas menunjukkan ia bekerja pada kadar 237kW
EV menunjukkan yang menerima 224kW kuasa daripada pengecas

Untuk makluman anda, EV6 mengguna pakai sistem bateri 800V dan mampu menerima kuasa daripada arus terus setinggi 235kW.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, stesen EV ini adalah yang pertama di Malaysia menerima lesen Electric Vehicle Charging System (EVCS) daripada Suruhanjaya Tenaga. Ia membolehkan pihak pengendali fasiliti mengenakan kadar bayaran berasaskan kuasa yang dipindah ke EV berbanding berasaskan tempoh penggunaan pengecas yang sedang diamalkan rangkaian pengecas lain.

Sehingga 15 Disember 2022, servis pengecasan di stesen EV ini adalah percuma untuk semua. Tapi kalau kita kira kos berdasarkan kadar yang akan dikenakan iaitu RM1.20/kWh, 66.84kWh yang dipindahkan tadi adalah bernilai RM80.26.

Jika kita bandingkan dengan stesen EV yang menggunakan asas tempoh mengecas seperti Shell Recharge High Performance Chargers yang ada di beberapa lokasi sekitar Lebuhraya Utara Selatan untuk mencapai kapasiti bateri yang sama, kosnya adalah RM128.

Selepas tempoh promosi tamat, X Park menggunakan sistem pembayaran yang dikendalikan Setel ataupun JomCharge. Menurut Gentari, kadar bayaran adalah seperti berikut:

  • 350kW DC pada RM1.20/kWh
  • 180kW DC pada RM1.00/kWh
  • Pengecasan AC pada RM0.55/kWh
Tags: EVGentari
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Stesen EV 350kW Gentari di X Park Sunway Serene kini beroperasi pada kapasiti penuh

Stesen EV 350kW Gentari di X Park Sunway Serene kini beroperasi pada kapasiti penuh

10 December 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN