• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DBKL jemput anda ke Dataran Merdeka untuk tonton Argentina vs. Perancis sebagai penutup Qatar 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:52 am
  • 16/12/2022
  • Komen
DBKL jemput anda ke Dataran Merdeka untuk tonton Argentina vs. Perancis sebagai penutup Qatar 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Argentina akan bertemu dengan Perancis di perlawanan akhir pertandingan bola sepak Piala Dunia 2022 Qatar. Perlawanan itu akan mengambil tempat pada Ahad, 18 Disember 2022 pada jam 11 malam. Sekiranya anda berkelapangan ataupun berasa bosan untuk menonton berseorangan, apa kata anda pergi ke Dataran Merdeka.

Sumber

Pada hari kejadian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan program tayangan perdana di sana menggunakan paparan besar. Seandainya keadaan mengizinkan, ada ruang yang sangat luas di atas padang untuk anda bentang tikar berkelah anda.



Kelihatan juga pihak DBKL telah menyediakan kanopi dan dibawahnya ada beberapa baris kerusi menunjukkan yang akan ada VIP bakal menyertai tayangani ini. Adakah wakil Kementerian Belia dan Sukan seperti YB Hannah Yeoh dan YB Adam Adli akan turut hadir?

Berbalik kepada Argentina dan Perancis, mereka pernah bertemu sebanyak 3 kali dalam Piala Dunia sebelum ni iaitu dalam thaun 1930, 1978, dan 2018. Daripada segi statistik, Argentina menewaskan Perancis dalam dua perlawanan pertama manakala dalam edisi 2018, Perancis menundukkan Argentina.



Perancis berpeluang untuk merangkul kejuaraan berturut-turut. Edisi 2018, mereka telah mengalahkan Croatia 4 berbalas 2. Hanya ada dua negara saja yang pernah merangkul kejuaraan berurut-turut iaitu Itali (1934 & 1938) dan Brazil (1958 & 1962).

Di pihak Argentina, ini adalah piala dunia terakhir untuk Lionel Messi dan mereka boleh menebus kekecewaan yang dihadapi dalam edisi 2014 apabila tewas kepada Jerman.

Tags: argentinabola sepakperancisPiala Duniapiala dunia 2022Piala Dunia Qatar 2022qatar 2022
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
DBKL jemput anda ke Dataran Merdeka untuk tonton Argentina vs. Perancis sebagai penutup Qatar 2022

DBKL jemput anda ke Dataran Merdeka untuk tonton Argentina vs. Perancis sebagai penutup Qatar 2022

16 December 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN