Elon Musk sudah ambil alih Twitter sejak hujung bulan Oktober lalu. Selepas Twitter berada di bawahnya, ada banyak perkara yang berubah di platform itu, ia termasuklah meletakkan tanda biru di bawah Twitter Blue seterusnya mengakibatkan isu berita palsu semakin parah di sana. Perkara ini tentunya mendatangkan rasa tidak senang dalam kalangan pengguna.
Pagi ini, Elon Musk ada Tweet satu poll umum melalui akaunnya beserta soalan, “Patutkah saya berundur sebagai ketua Twitter?”. Dia juga menyatakan akan ikut keputusan undian tersebut. Tweet ini diutuskan selepas Twitter umum polisi baru iaitu melarang pengguna daripada memaut ke platform pesaing termasuklah Instagram dan Facebook.
Setakat ini, saya nampak ramai yang memilih jawapan Yes berbanding No. Apabila di lihat menerusi komen pula, ada yang dilihat sukakan Musk menjaga Twitter dan ada juga yang sebaliknya.
Should I step down as head of Twitter? I will abide by the results of this poll.
— Elon Musk (@elonmusk) December 18, 2022
Contohnya, dari pengguna bernama House Lovers, dia menyatakan Twitter jadi lebih baik selepas Musk memilikinya. Saya tak pasti apa manfaat yang orang ramai dapat, sebab sepanjang kerjayanya di sini, usaha paling popular yang dilakukan adalah berkaitan Twitter Blue sahaja.
I hope you are Joking because this doesn’t make sense at all Twitter is much better now that you own it.
— HOUSE LOVERS (@Houseloverrs) December 18, 2022
Selain itu ada juga yang rindukan rancangan Musk membawa manusia ke Marikh dan memajukan dunia masa hadapan dengan produk yang hebat. Mungkin individu ini mahu Musk tinggalkan Twitter dan teruskan misi itu.
TBH, I miss when you’re focusing your energy on getting humans to Mars and advancing the world’s transition to a sustainable future with great products. I’ve learned so much from your tweets about Starship & Raptor and that’s motivated & inspired me (& many others) a lot.
— Everyday Astronaut (@Erdayastronaut) December 19, 2022
Apa pun keputusan akhir nanti, anda perlu tahu bahawa Musk telah pun rancang untuk menyerahkan operasi harian Twitter kepada orang lain. Malah, katanya di mahkamah bulan lepas, dia tidak mahu menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di mana-mana syarikat dan akan lantik ketua eksekutif baru di Twitter. Jadi, poll itu mungkin gimik sebelum Twitter diserahkan pada orang lain.