• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Soundbox Touch ‘n Go ini sangat membantu penjual di kedai, sekarang ada diskaun 75%

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:26 pm
  • 20/12/2022
  • Komen
Soundbox Touch ‘n Go ini sangat membantu penjual di kedai, sekarang ada diskaun 75%
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go eWallet perkenalkan Touch ‘n Go eWallet Soundbox, ia merupakan peranti pintar yang akan memaklumkan peniaga setiap kali mereka menerima pembayaran. Dengan cara ini, peniaga tidak perlu menyemak aplikasi secara manual untuk mengesahkan pembayaran yang dibuat oleh pelanggan.

Ada dua set Soundbox disediakan iaitu:



  1. Set Soundbox dengan kad SIM – RM139.50
  2. Set Soundbox – RM59.50  

Harga asal Soundbox ialah RM260, tapi anda boleh dapatkan harga promosi terhad kepada 500 unit pertama untuk setiap set. Promo ini hanya terpakai kepada rakan niaga Touch ‘n Go eWallet dan anda boleh membelinya tanpa had. Rakan niaga boleh nikmati harga promo pelancaran bagi pembelian Soundbox ini di Merchant Dashboard Purchase dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Contoh kegunaannya seperti video di bawah:

Soundbox ini disertakan waranti selama 18 bulan bermula dari tarikh pembelian. Di samping itu, langganan kad SIM yang disertakan pula hanya sah untuk 12 bulan. Untuk perbaharui langganan, anda boleh hubungi bantuan rakan kongsi Touch ‘n Go di 04-2022123 atau emel mereka di [email protected].



Jika anda tidak mahu dapatkan kad SIM dari mereka juga tidak mengapa, anda boleh sambungkannya menggunakan kad SIM sendiri. Cuma, untuk sambungan dan sekuriti terbaik, anda disyorkan untuk guna kad SIM yang disediakan.

Walaupun Soundbox ialah peranti berjenama TNG eWallet, tapi ia boleh menyokong mana-mana platform pembayaran yang menggunakan QR DuitNow. Dalam masa yang sama, peranti ini perlu disambungkan secara ke Internet sama ada menggunakan rangkaian mudah alih dengan kad SIM atau melalui Wi-Fi. Setiap unit Soundbox juga telah disambungkan kepada QR perniagaan khusus untuk peniaga.

Jika anda rasa menyemak pembayaran secara manual sering memakan masa, maka dapatkan Soundbox ini untuk memudahkan kerja anda.

[Sumber: Touch’n Go, Lowyat.net]

Tags: Touch n GoTouch n Go eWallet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Soundbox Touch ‘n Go ini sangat membantu penjual di kedai, sekarang ada diskaun 75%

Soundbox Touch ‘n Go ini sangat membantu penjual di kedai, sekarang ada diskaun 75%

20 December 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN