Anak anda keluar rumah secara senyap dan anda nak tahu lokasinya? Dengan iPhone anda boleh jejak lokasi pengguna lain dengan mudah, sekaligus dapat memastikan mereka pulang ke rumah dengan selamat.
Namun, jika anda nak tahu lokasi seseorang pada iPhone, anda perlu kongsikan lokasi anda pada mereka terlebih dahulu. Kemudian barulah anda boleh jemput kenalan lakukan perkara yang sama. Jadi, tiadalah privasi mereka diceroboh. Semua ini menggunakan aplikasi Find My. Caranya adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi Find My dalam iPhone
- Buka tab People di bahagian bawah
- Tekan Start Sharing Location
- Masukkan nama orang yang ingin anda kongsikan lokasi, kemudian tekan Send
- Pilih berapa lama anda ingin kongsi lokasi. Ada pilihan satu jam, sehingga hari tersebut tamat dan selama-lamanya
- Penerima akan dimaklumkan bahawa anda telah berkongsi lokasi dengan mereka. Individu tersebut juga dijemput untuk lakukan perkara yang sama
Setelah setuju berkongsi lokasi, anda kini boleh lihat di mana kenalan anda berada menerusi iPhone. Berikut merupakan caranya:
- Buka aplikasi Find My kemudian tekan tab People di bahagian bawah
- Pilih nama orang yang ingin anda cari
- Anda kemudian akan dapat lihat lokasi mereka pada peta
- Anda juga boleh guna pilihan dalam nama kenalan anda di bahagian bawah skrin
- Jika anda ingin berhubung dengan individu itu tekan Contact
- Sekiranya anda nak tahu jalan ke lokasi individu itu, tekan Directions
Aplikasi Find My bukan sahaja berguna untuk cari kenalan anda, tapi ia juga membantu sekiranya anda ingin jejak iPhone yang kehabisan bateri atau dimatikan akibat dicuri. Cara untuknya saya ada kongsikan di artikel ini.
[Sumber: Tomsguide]