• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM jawab tentang konsesi pengurusan Menara KL dan penjualan MKLSB

  • OLEH Najib
  • 2:11 pm
  • 29/12/2022
  • Komen
Bil TM lebih rendah bermula bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mereka di Bursa Malaysia mengenai persoalan orang ramai tentang konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Ia untuk memberi penjelasan kepada orang ramai.

Sebenarnya, perkara ini telah dimaklumkan oleh TM sebelum ini. Dalam laporan audit suku ketiga (Q3) 2022, TM menyatakan mereka telah menjual sepenuhnya pegangan saham Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) pada harga RM3.8 juta dan urusan ini telah selesai pada 31 Oktober 2022.



Penjualan ini dibuat kerana TM mahu memberi fokus dalam perniagaan utama mereka iaitu telekomunikasi dan teknologi. Memandangkan MKLSB merupakan perniagaan perkhidmatan dan pengurusan layanan, TM telah memaklumkan kerajaan Malaysia selaku pemilik Menara KL, untuk tidak lagi menyambung kontrak konsesi pengurusan Menara KL.

Selepas itu, proses pemilihan konsesi pengurusan Menara KL telah dibuat kerajaan Malaysia dan TM dimaklumkan bahawa syarikat yang baru dipilih akan mengambil alih MKLSB dan konsesi pengurusan Menara KL. MKLSB akan beroperasi seperti biasa dan semua pekerja akan dikekalkan sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk menjamin kebajikan mereka dalam tempoh peralihan.



Dengan kenyataan rasmi ini, TM menjelaskan bahawa mereka sentiasa terbuka dan telus dalam urusniaga demi menjaga kepentingan pelanggan dan pemegang taruh. TM juga akan memberi kerjasama penuh jika diperlukan oleh pihak berkuasa.

Kenapa HydroShoppe dipilih masih tidak terjawab

TM dalam kenyataan ini telah menjawab persoalan di pihak mereka. Manakala persoalan penting lain iaitu kenapa HydroShoppe dipilih masih tidak diketahui, kerana ia di luar bidang pengetahuan TM.

Perkara ini pasti boleh dijawab oleh KKD jika ada kajian mendalam dibuat, memandangkan kerajaan yang menganugerahkan konsesi mengurus Menara KL. Sementara itu, kita tunggu pula kenyataan daripada kerajaan Malaysia.

[Sumber: TM]

Tags: kkdMenara KLTM
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Bil TM lebih rendah bermula bulan depan

TM jawab tentang konsesi pengurusan Menara KL dan penjualan MKLSB

29 December 2022
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN