• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggunaan RHB Now klasik akan tamat tahun ini, tukar pada platform baru sekarang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:06 pm
  • 09/01/2023
  • Komen
Penggunaan RHB Now klasik akan tamat tahun ini, tukar pada platform baru sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

RHB Bank telah umumkan bahawa mereka akan menamatkan penggunaan platform Internet dan perbankan mudah alih RHB Now klasik, berkuat kuasa pada 31 Mac 2023. Ini bermaksud, pada tarikh tersebut anda tidak boleh lagi lakukan transaksi melalui platform itu. Hal ini dilakukan bagi memastikan pengguna dilindungi oleh sistem keselamatan terkini dan boleh menikmati ciri perbankan dalam talian terbaru yang disediakan.

Oleh itu, anda digalakkan untuk segera memindahkan transaksi berulang dan akaun kegemaran di RHB Now kepada platform perbankan dalam talian baharu untuk peralihan yang lancar. Untuk lakukannya, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Log masuk ke Perbankan Dalam Talian RHB yang baru di https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login menggunakan nama pengguna dan kata laluan RHB Now anda
  2. Sediakan transaksi berulang anda dengan klik butang Enable Recurring pada halaman Payment/Recipient Details
  3. Boleh juga tambah akaun penerima kegemaran melalui ciri Add to Favourite atau melalui Account Settings

Selain itu, anda turut dinasihati untuk mengalih keluar semua transaksi berulang pada RHB Now klasik supaya dapat lakukan transaksi yang lebih lancar pada platform baharu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penamatan RHB Now, atau peralihan kepada platform Perbankan Dalam Talian dan Perbankan Mudah Alih RHB yang baharu, anda boleh hubungi mereka di talian +603 9206 8118 atau menerusi e-mel di [email protected]. Sebagai alternatif, anda boleh juga gunakan borang maklum balas dalam talian atau hantar mesej kepada mereka di halaman Facebook RHB Group.



Sebelum ini, Maybank juga pernah umum untuk tamatkan portal perbankan dalam talian Maybank2U klasik mereka pada Januari 2022. Namun tidak pasti mengapa, sehingga kini portal tersebut masih dapat diakses lagi. Jika RHB juga berbuat demikian, baik anda tinggalkan sahaja platform perbankan klasik demi keselamatan transaksi anda.

[Sumber: RinggitPlus, RHB]

Tags: rhbRHB Now
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penggunaan RHB Now klasik akan tamat tahun ini, tukar pada platform baru sekarang

Penggunaan RHB Now klasik akan tamat tahun ini, tukar pada platform baru sekarang

9 January 2023
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN