• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Youtube buka peluang jana wang melalui Shorts bermula 1 Februari ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:15 pm
  • 12/01/2023
  • Komen
Youtube perkenal cara jana wang lebih mudah dari TikTok, hanya guna video pendek
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah dilaporkan tahun lalu, YouTube Shorts akan sertai program Rakan Kongsi YouTube pada tahun ini dan ia sekaligus akan memudahkan pencipta kandungan jana wang melalui iklan daripada video pendek. Kini, Youtube umumkan bahawa perkara tersebut akan bermula pada 1 Februari 2023.

Ini merupakan sebahagian daripada kemas kini Program Rakan Kongsi YouTube dan ia memerlukan semua yang layak menandatangani syarat perjanjian baharu yang disediakan jika ingin ingin menjana wang daripada Shorts.



Bersama-sama dengan peluang ini, YouTube turut perkenalkan sistem modular baru untuk syarat program rakan kongsi. Semua yang terlibat perlu menandatangani perjanjian asas yang mengandungi perkara seperti kandungan yang boleh disiarkan dan cara pembayaran berfungsi. Rakan Kongsi YouTube mempunyai masa sehingga 10 Julai 2023 untuk menerima syarat baharu ini. Jika tidak, keupayaan untuk menjana wang akan dimatikan dan anda perlu memohon semula untuk sertai program tersebut.

Untuk yang sudah jadi rakan kongsi YouTube, anda secara automatik boleh jana wang dengan Shorts. Tapi jika anda baru ingin sertainya, anda perlu ada 1,000 subscribers dan dapatkan salah satu antara 2 perkara ini untuk layak sertainya:



  1. 4,000 jam jumlah tontonan video YouTube dalam 12 bulan lepas
    atau
  2. 10 juta tontonan Shorts dalam tempoh 90 hari lalu

YouTube telah sekian lama berkongsi hasil iklan secara langsung dengan pencipta kandungan yang layak dan ini menjadikan pengguna jauh lebih mudah menjana kewangan di sini berbanding di Tiktok.

Di platform persaing itu, pencipta kandungan di TikTok berpeluang jana wang melalui program Creator Next. Pengguna yang layak boleh kumpul berlian melalui Video Gift dan hasilnya boleh ditukarkan kepada wang. Tapi, selalunya saya nampak pengguna perlu kerja keras lakukan video Live yang kreatif untuk tarik penonton berikan Gift. Jadi, boleh disimpulkan yang cara jana wang di Youtube lebih santai berbanding di Tiktok.

[Sumber: TheVerge, Yotube]

Tags: YouTubeYouTube Shorts
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Youtube perkenal cara jana wang lebih mudah dari TikTok, hanya guna video pendek

Youtube buka peluang jana wang melalui Shorts bermula 1 Februari ini

12 January 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN