• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga CPU Ryzen 7000 berteknologi 3D V-cache mula dijual 14 Februari 2023?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 12/01/2023
  • Komen
Tiga CPU Ryzen 7000 berteknologi 3D V-cache mula dijual 14 Februari 2023?
Share on FacebookShare on Twitter

AMD mengumumkan tempoh hari tentang tiga model CPU siri Ryzen 7000 mereka menerima teknologi 3D V-Cache dan akan mula dijual dalam bulan Februari 2023 nanti. Tapi ketika itu, bilakah tarikh khusus penjualannya tidak pula dinyatakan, sehinggalah hari ini bila ada yang bermata tajam berjaya mengesan tarikh itu.

Didapati yang laman web rasmi produk siri Ryzen 7000 X3D menyatakan yang 14 Februari 2023 adalah tarikh mula jualan. Tapi sebenarnya itu adalah kesilapan teknikal daripada pihak AMD dan mereka telahpun menghantar kenyataan media terbaharu untuk memperjelaskannya. Walau apapun, anda masih boleh jangkakan yang ketiga-tiga SKU Ryzen 7000X3D akan mula dijual bulan Februari 2023 nanti.



Sebanyak 3 varian akan masuki pasaran iaitu:

  • Ryzen 9 7950X3D (16C/32T)
  • Ryzen 9 7900X3D (12C//24T)
  • Rzyen 7 7800X3D (8C/16T)

Keunikan siri 7000X3D berbanding CPU lain yang bukan dalam kategorinya adalah pada kehadiran teknologi 3D V-Cache. Teknologi ini menjadikan cache L3 siri 7000X3D naik pada para sehingga 144MB.



Permainan komputer adalah antara yang menerima manfaat terbesar kerana dengannya, CPU tidak perlu bekerja terlalu keras untuk menarik data daripada memori jauh kerana memeri L3 yang berhampiran memiliki kapasiti yang cukup besar untuk meringankan tugasannya.

Makanya, AMD boleh memberikan pengalaman gaming yang nyata lebih baik, seakan merentasi generasi, tanpa perlu melakukan perubahan pada seni bina teras sedia ada.

Pengeluarnya membandingkan prestasi 7800X3D dengan 5800X3D yang berbeza daripada senibina Zen 3 dan Zen 4. Mereka menyatakan yang prestasi gaming adalah sehingga 30% lebih baik pada permainan-permainan terkenal.

Sumber: Overclock3d, Tom’s Hardware

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Tiga CPU Ryzen 7000 berteknologi 3D V-cache mula dijual 14 Februari 2023?

Tiga CPU Ryzen 7000 berteknologi 3D V-cache mula dijual 14 Februari 2023?

12 January 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN