• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terengganu FC lancar servis penstriman sendiri khas untuk peminatnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:44 pm
  • 16/01/2023
  • Komen
Terengganu FC lancar servis penstriman sendiri khas untuk peminatnya
Share on FacebookShare on Twitter

Pasukan bola sepak Terengganu FC telah mengumumkan satu servis penstriman untuk peminat mereka yang dinamakan TFC Play. Ia mungkin jadikan pasukan ini yang pertama seumpamanya dalam Malaysia yang menyediakan servis ini.

𝗧𝗙𝗖 𝗣𝗟𝗔𝗬 "𝗨𝗟𝗧𝗜𝗠𝗔𝗧𝗘 𝗙𝗢𝗢𝗧𝗕𝗔𝗟𝗟 𝗘𝗫𝗣𝗘𝗥𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘.𝗔𝗡𝗬𝗧𝗜𝗠𝗘.𝗔𝗡𝗬𝗪𝗛𝗘𝗥𝗘"

Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/HCLpohXlPL#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/klkII8urJR

— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 15, 2023

Sebagai pelanggan, mereka akan menerima pelbagai kandungan menarik berkisarkan pasukan kegemaran mereka itu. Antara yang boleh mereka tonton adalah:



  • Perlawanan siaran langsung TFC III, FFC IV, TFC Academy
  • Livestream latihan pasukan
  • Perlawanan pramusim
  • Filem
  • Dokumentari
  • Zon peminat

Sekiranya berminat, mereka boleh langgan secara bulanan pada harga RM7/bulan ataupun RM60/tahun dan jimat RM24 berbanding langganan bulanan.

Jangan lepaskan promosi terhad yang sedang berjalan. Bila anda daftarkan akaun TFC Play dan masukkan kod promo “MEMBERS23” anda boleh nikmati langganan percuma selama satu bulan.



Servis penstriman sebegini adalah satu idea yang baik buat pasukan. Bukan sahaja peminat boleh mengikuti lebih rapat pasukan Terengganu FC, pihak pasukan juga boleh menjadikannya sebagai satu punca pendapatan. Menurut Terengganu FC, mereka mensasarkan untuk mengutip sekitar RM300,000 daripada yuran langganan dalam tahun 2023.

Pasukan bola dengan saluran TV ekslusif bukanlah benda yang baharu. Pasukan terkenal dunia seperti Manchester United ada MUTV dan dilaporkan, perolehan mereka untuk penyiaran untuk musim 2019 sahaja mencecah hampir RM1.3 billion.

Sumber: Sukanz

Tags: penstrimanterengganu fctfc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Terengganu FC lancar servis penstriman sendiri khas untuk peminatnya

Terengganu FC lancar servis penstriman sendiri khas untuk peminatnya

16 January 2023
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN