• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:25 am
  • 25/01/2023
  • Komen
TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID
Share on FacebookShare on Twitter

Ada banyak situasi yang membuatkan keluarga atau kawan meminjam telefon kita. Contohnya, telefon mereka kehabisan bateri dan mereka perlu hubungi seseorang, atau mereka sengaja pinjam telefon kerana ingin selfie. Jika anda selalu alami situasi itu, pernah tak anda rasa risau sekiranya mereka buka galeri telefon dan akses gambar privasi anda? Contohnya gambar kelakar anda semasa kecil atau gambar anda bersosial bersama kawan-kawan.

Sekiranya pernah, anda tahu tak iPhone boleh bantu sembunyikan gambar-gambar tertentu anda dari dibuka orang lain? Malah melalui iOS 16, anda boleh tetapkan gambar tertentu hanya boleh dibuka dengan Face ID sahaja. Menarik kan? Berikut merupakan cara untuk lakukannya:



Cara sembunyikan gambar dalam iPhone

Cara untuk sembunyikan gambar di dalam iPhone adalah sangat mudah. Mula-mula, anda perlu buka APP Photos di dalam iPhone, kemudian ikut langkah di bawah:

  1. Pilih gambar yang anda ingin sembunyikan dari orang lain
  2. Tekan simbol 3 titik di bahagian bawah kanan skrin
  3. Akan ada satu menu keluar, pilih Hide
  4. Seterusnya sahkan tindakan anda untuk sembunyikan gambar itu dengan tekan Hide Photo
  5. Gambar tersebut akan disimpan dalam album Hidden dan ia tiada lagi pada bahagian Recents

Cara akses gambar yang disembunyikan

Jika anda ingin buka semula gambar yang disembunyikan tadi, anda perlu buka fail Hidden. Ikut langkah di bawah untuk aksesnya:



  1. Dalam APP Photos, pilih Albums pada menu di bawah skrin 
  2. Pada halaman Albums, scroll ke bawah pada bahagian Utilities
  3. Anda kemudian akan jumpa fail Hidden di situ
  4. Tekan fail tersebut, masukkan kod laluan untuk akses semua gambar yang anda sembunyikan
  5. Anda kemudian boleh lihat semua gambar yang anda sembunyikan di situ

Cara lindungi gambar dalam fail Hidden dengan Face ID

Sekiranya kenalan anda tahu kod laluan iPhone anda, maka anda perlu ketatkan lapisan keselamatan fail Hidden dengan menetapkan pengesahan Face ID. Berikut ialah cara untuk menetapkannya:

  1. Buka tetapan, kemudian pilih APP Photos
  2. Pada skrin berikutnya, hidupkan Use Face ID
  3. Sekarang, album Hidden anda sudah ada lapisan perlindungan Face ID

Dengan perlindungan tambahan ini, sesiapa pun tidak boleh akses album Hidden tanpa pengetahuan anda. Jadi, anda tak perlu risau jika perlu pinjamkan iPhone kepada sesiapa, sebab gambar peribadi anda selamat diasingkan di dalam fail Hidden. Paling seronok, ciri ini juga akan lindungi gambar anda di dalam fail Recently Deleted.

[Sumber: Tomsguide]

Tags: appleiOS 16iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

25 January 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER