• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix perketat peraturan kongsi akaun, termasuk di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:32 pm
  • 02/02/2023
  • Komen
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix sudah acap kali menyatakan mereka sedang berusaha untuk menyekat perkongsian akaun yang tidak tinggal serumah. Ini sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan mereka selepas ia menunjukkan penurunan yang mendadak sebelum ini.

Baru-baru ini, ada laporan menyatakan Netflix telah mengemaskini Pusat Bantuan mereka. Ia menjelaskan bagaimana Netflix akan menghalang perkongsian akaun yang tidak duduk serumah. Bagaimanapun, bahagian bantuan tersebut telah dipadamkan tetapi ada yang telah menyimpan rekod mengenainya. Sedikit sebanyak, ia memberi panduan kepada pengguna tentang langkah yang akan Netflix ambil jika mereka mahu kuatkuasakan larangan berkongsi akaun.



WiFi penentu duduk serumah

Dalam laporan oleh The Streamable, mereka sempat menyimpan semua kemaskini Pusat Bantuan Netflix US mengenai perkongsian akaun sebelum ia dipadam. Menurut Netflix, perkongsian akaun akan tetap dibenarkan seperti biasa tetapi ia hanya untuk mereka yang duduk serumah sahaja. Bagaimana cara untuk menentukannya?

Dengan mendaftar masuk WiFi yang serupa dengan lokasi utama. Peranti yang mahu berkongsi akaun, perlu membuka laman atau aplikasi Netflix menggunakan WiFi yang serupa, sekurang-kurangnya setiap 31 hari untuk memastikan mereka boleh terus berkongsi akaun.



Jika dikesan daftar masuk di luar WiFi selepas tamat tempoh, peranti akan diminta untuk mendaftar masuk akaun Netflix yang lain dan akses ke akaun tersebut akan disekat. Tiada caj akan dikenakan secara automatik kepada pemilik akaun yang berkongsi akaun mereka di tahap ini.

Netflix semasa melancong

Mendaftar masuk peranti baru di luar rumah pengguna, boleh mengakibatkan peranti disekat oleh Netflix. Tetapi ada cara untuk mereka yang mahu mengembara atau melancong ke tempat lain.

Contohnya mahu mendaftar masuk ke TV di hotel atau laptop syarikat, pengguna boleh memohon kod sementara semasa mendaftar masuk. Ia akan membenarkan akses selama 7 hari sahaja.

Akhir sekali, Netflix akan menggunakan pelbagai maklumat seperti alamat IP, ID peranti dan aktiviti akaun untuk mengesan jika pengguna mengakses akaun di luar kawasan rumah.

Netflix belum sahkan peraturan baru ini

Apabila dihubungi oleh The Verge, Netflix menyatakan mereka masih belum memuktamadkan langkah atau peraturan yang akan digunakan menyekat perkongsian akaun. Malah, ia akan dilaksanakan berbeza mengikut negara.

Netflix mengatakan, langkah itu lebih mungkin digunakan di negara yang telah dilaksanakan sekatan perkongsian seperti di Amerika Selatan iaitu Costa Rica, Chile, dan Peru.

Apa peraturan di Malaysia?

Dalam laman Pusat Bantuan Netflix Malaysia, ia menyatakan pengguna tidak boleh berkongsi akaun dengan orang yang tidak tinggal bersama serumah. Jika ada dikesan akses daripada peranti di luar rumah, Netflix mungkin akan meminta pengesahan untuk peranti tersebut sebelum boleh digunakan semula.

Untuk mengesahkan peranti, Netflix akan menghantar pautan ke emel atau nombor telefon yang didaftarkan. Pautan itu akan memerlukan kod pengesahan 4-digit. Pengguna ada masa 15-minit untuk memasukkan kod tersebut. Netflix boleh ditonton semula selepas disahkan. Bagaimanapun, pengesahan peranti akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Nampaknya ada perubahan untuk perkongsian akaun Netflix di Malaysia. Anda yang berkongsi akaun, akan diminta untuk mengesahkan peranti selalu. Jadi jangan terkejut jika akses Netflix anda disekat nanti. Nasib belum, belum dilaksanakan peraturan daftar masuk WiFi yang sama. Tetapi siapa tahu apa akan Netflix buat beberapa bulan akan datang?

[Sumber: Streamable, The Verge]

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix perketat peraturan kongsi akaun, termasuk di Malaysia

2 February 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN