• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mechamato cipta sejarah, tapau semua anime Jepun untuk rangkul anugerah TAAF23

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:54 pm
  • 10/02/2023
  • Komen
Mechamato cipta sejarah, tapau semua anime Jepun untuk rangkul anugerah TAAF23
Share on FacebookShare on Twitter

Hasil undian berterusan peminat Malaysia dan Jepun, animasi tempatan Mechamato terbitan MONSTA telah mencapai satu kejayaan yang membanggakan apabila ia memenangi ‘Anime Fan Award’ di Tokyo Anime Award Festival 2023. Mechamato merupakan karya luar dari Jepun pertama yang memperoleh anugerah tersebut.

Keputusan itu diumumkan melalui laman rasmi TAAF yang mendedahkan undian siri Mechamato menerima sebanyak 40,590, berbanding tempat kedua Uta no Prince-sama: Maji Love Starlish Tours dengan 31,612 undian, dan ketiga Tiger & Bunny Part 1 dengan 16,111 undian. Oleh itu, ia sekali gus melayakkan Mechamato meraih tempat pertama bagi anugerah tersebut.



Kategori ‘Anime Fan Award’ ini juga disertai siri-siri animasi terkemuka jepun lain antaranya Dragon Ball Super: Super Hero, Attack on Titan The Final Season Part 2 dan Dragon Quest: The Adventure of Dai. Dengan Mechamato berjaya mengatasi siri animasi hebat lain, ia membuktikan siri Mechamato diterima baik oleh penonton.

Siri animasi Mechamato layak dicalonkan dalam kategori ini setelah ianya ditayangkan di saluran Cartoon Network Jepun. Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak juga mengungkapkan terima kasih kepada peminat yang mengundi serta teruja dengan kemenangan Mechamato. Manakala, Pengarah Pemasaran MONSTA Faiz Zainal Aabidin berkata, beliau mempunyai hasrat untuk membawa Mechamato Movie ke pawagam Jepun. 



Tambahan lagi, siri Mechamato telah mendapat banyak pujian dari pengguna media sosial di Jepun.

Untuk pengetahuan semua, siri Mechamato telah berjaya ditayangkan di lebih 70 buah negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India. Bagi Mechamato Movie pula, ia telah mencapai kutipan lebih dari RM36 juta di Malaysia dan masih lagi ditayang di pawagam Malaysia bagi sesiapa yang berminat untuk menontonnya.

Tags: MechamatoMechamato Movie
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Mechamato cipta sejarah, tapau semua anime Jepun untuk rangkul anugerah TAAF23

Mechamato cipta sejarah, tapau semua anime Jepun untuk rangkul anugerah TAAF23

10 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER