• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Watch S1 Pro diperkenal, badan premium dengan hayat bateri sehingga 14 hari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:07 am
  • 27/02/2023
  • Komen
Xiaomi Watch S1 Pro diperkenal, badan premium dengan hayat bateri sehingga 14 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan barisan telefon berkelas flagship, Xiaomi memperlengkap penawaran mereka dengan sebuah jam tangan premium, Xiaomi Watch S1 Pro. Jam tangan ini sudahpun ada dalam pasaran China seawal Ogos 2022 tahun lalu.

Bermula dengan bahagian luar, Watch S1 Pro mengguna pakai rekaan bulat klasik dengan badan berdiameter 46mm. Padanya terdapat panel paparan sebesar 1.47” beresolusi 480p dan berkecerahan 600 nits. Kata Xiaomi, ini adalah jam tangan dengan bingkai ternipis pernah mereka hasilkan dengan nisbah badan kepada paparan setinggi 72.7%. Untuk keselamatan, panel paparan ini dilindungi kaca nilam yang tahan calar.



Watch S1 Pro diperkasa sistem operasi hasilan sendiri Xiaomi, MIUI Watch. Sekiranya fungsinya sama seperti model di China, ada pelbagai aplikasi pihak ketiga boleh dipasang padanya seperti aplikasi permesejan, navigasi GPS, dan banyak lagi untuk mempermudah urusan harian anda.

Ia berhubung ke luar menggunakan sambungan Bluetooth ataupun Wi-Fi. Antara ciri menarik adalah seperti panggilan suara terus daripada pergelangan tangan dan mendengar muzik melalui speaker terbina.



Ia juga sarat dengan ciri menjejak kecergasan. Lebih daripada 100 jenis sukan boleh dicerap melalui sejumlah sensor yang terkandung dalamnya. Ia boleh mengukur info seperti denyutan nadi, paras kepekatan oksigen dalam darah, dan lebih menarik ia mampu menyukat suhu permukaan kulit si pemakainya.

Apabila perlu menjejak lokasi, ia menerima isyarat satelit GNSS secara dwifrekuensi untuk bacaan lokasi lebih jitu.

Kesemua fungsi ini dimungkinkan dengan sebuah tangki bateri 500mAh, yang katanya boleh bertahan sehingga 14 hari lamanya bergantung kepada pola penggunaan. Mengecas penuh bateri ini mengambil masa kira-kira 85 minit berdasarkan helaian spesifikasi.

Harga Xiaomi Watch S1 Pro diumum seperti berikut di MWC 2023:

  • Badan hitam dengan tali getah – EUR299 (RM1,403)
  • Badan perak dengan tali kulit – EUR329 (RM1,543)

Bacaan berkaitan

  • 18 peranti Xiaomi akan terima MIUI 14 mulai suku pertama 2023
  • Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancar dengan Google One Premium 2TB percuma, akan tiba ke Malaysia
  • Xiaomi 13 Lite tiada Leica tetapi telefon terbaik swafoto dan bersiaran langsung dengan dua lampu limpah
Tags: jam tanganxiaomixiaomi watch s1 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Xiaomi Watch S1 Pro diperkenal, badan premium dengan hayat bateri sehingga 14 hari

Xiaomi Watch S1 Pro diperkenal, badan premium dengan hayat bateri sehingga 14 hari

27 February 2023
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER