Kamera Samsung Galaxy S23 Ultra lawan kamera iPhone 14 Pro Max. 200MP vs 48MP. Kamera mana yang ada gambar lagi cantik?
Samsung Galaxy S23 Ultra pada tahun ini membawakan sesuatu yang menarik. Samsung kali ini membawakan sensor kamera 200MP pada kamera utama. Ini adalah kapasiti piksel tertinggi dalam sejarah Galaxy S.
Sensor Samsung HP2 yang diguna pakai mempunyai saiz fizikal yang agak besar. Ia berada dalam kategori 1/1.3” dengan saiz setiap piksel sebesar 0.6 mikron. Saya akan letakkan artikel tentang sensor ini dalam ruangan description untuk anda baca lebih lanjut. Kamera utama ada OIS untuk video lebih stabil ataupun gambar lebih jelas tanpa menggunakan tripod.
Untuk kamera ulralebar, S23 Ultra dilengkapi kamera 12MP manakala kamera telefoto ada dua. Kamera telefoto pertama memiliki jarak zum 3x dan ada sensor 10MP manakala kamera telefoto kedua ada jarak zum 10x, juga menggunakan sensor 10MP. DI bahagian depan, anda ada kamera selfie 12MP.
Apple juga membawakan pembaharuan menarik pada iPhone 14. Buat pertama kalinya dalam sejarah iPhone, sensor 48MP digunakan. Penstabil jenis sensor shift juga katanya ditambah baik, kini berada di generasi ke-2. Kemudian kita ada kamera ultralebar 12MP diikuti kamera telefoto 3x, juga 12MP dan akhir sekali kamera selfie, juga 12MP.
Sekarang kita lihat pada hasil gambar yang kami ambil menggunakan kedua-dua telefon ini. Saya bahagikan kepada dua iaitu siang dan malam.
Analisis Gambar
Gambar 01
Biasanya kita akan tengok dynamic range dan white balance. iPhone gemarkan tona warna lebih suam tapi saya perasan dynamic range samsung lebih luas. anda boleh nampak lebih jelas dalam bebayang.
Kketepuan warna pada Galaxy S23 Ultra juga lebih tinggi, lihat pada papan tanda CIMB Bank yang pekat.
Gambar 02
Untuk gambar seterusnya, anda boleh nampak Galaxy S23 Ultra kenakan kesan HDR pada gambarnya. Banggunan di Samsung nampak lebih cerah berbanding di iPhone.
Gambar 03
Berikut adalah gambar di waktu malam.
Kedua-duanya sama hebat. Tapi sampel Samsung lebih cenderung pamerkan luminance noise berbanding iPhone. Mungkin ia bagi kompromikan ketajaman yang lebih tinggi.
Gambar 04
Kita tengok satu lagi sampel gambar.
Dalam pencahayaan yang cukup, prestasi low-light mereka adalah cemerlang tapi gambar daripada lensa Samsung senantiasa sedikit lebih tajam berbanding iPhone.
Gambar 05
Kemudian, saya bawa anda ke gambar selfie. Gambar selfie, biasanya kita akan fokuskan pada tona warna dan juga bagaimana ia merakam keadaan kulit subjek. Baguslah kedua-duanya mengenakan ciri beautify yang minimum.
Berbeza dengan kamera belakang, saya dapati selfie daripada iPhone lebih tajam hasilnya berbanding Samsung. Tona warnanya juga lebih menarik.
Gambar 06
Ini adalah gambar portrait menggunakan kamera belakang. Saya nak lihat mampukah telefon memisahkan subjek daripada latar dengan bersih. Ya, apabila dizum masuk, kedua-duanya berjaya. Pada sudut warna, iPhone didapati lebih semula jadi berbanding Samsung yang lebih pekat.
Gambar zum
Untuk julat zum, Samsung boleh memiliki julat antara 0.6x hingga 100x manakala iPhone ada 0.5x hingga 15x. Tapi perlu diingatkan yang sebahagian besarnya adalah zum hibrid dan digital.
Bermula dengan ultralebar, anda boleh nampak yang gambar Samsung lebih cerah tapi keadaan sebenar lebih kepada iPhone kerana ketika itu cuaca mendung.
Gaya warna yang sama boleh dilihat untuk jarak fokal seterusnya hinggalah ke jarak fokal 15x untuk iPhone. Samsung pula boleh pergi sehingga 100x dengan fungsi Space Zoom.
Sampel Video
Kesimpulan
Pada pendapat saya, jelas menunjukkan bilangan megapiksel bukanlah segala-galanya. Walaupun bilangan piksel kamera utama Galaxy S23 Ultra 4 kali ganda lebih padat, ia tidaklah menjanjikan kualiti 4 kali ganda lebih baik. Seperti biasa, algoritma pemproses isyarat daripada sensor turut memainkan peranan.
Untuk kali ini, saya rasa Samsung ada kelebihan pada gambar malam, bukanlah disebabkan bilangan megapiksel, tetapi saiz keseluruhan sensor yang lebih besar. iPhone pula kekal semula jadi pada segi tona warna dan white balance.
Apa pula pendapat anda? Kongsikanlah di ruangan komen.