• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia syarikat penerbangan pertama di Asean beri peluang pada wanita jadi juruterbang, anda nak jadi antara mereka?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:27 pm
  • 09/03/2023
  • Komen
AirAsia syarikat penerbangan pertama di Asean beri peluang pada wanita jadi juruterbang, anda nak jadi antara mereka?
Share on FacebookShare on Twitter

Ada impian jadi juruterbang? Jika ya, anda perlu sertai Program Kadet Juruterbang oleh AirAsia yang dilancarkan kembali selepas dua tahun diberhentikan akibat pandemik. Ini merupakan kursus khas selama 24 bulan bagi memberi persediaan kepada bakal juruterbang dengan latihan dan kelayakan yang diperlukan.

Proogram ini sebenarnya telah bermula dari tahun 2004. Ia telah ambil ramai calon kadet juruterbang termasuklah wanita yang kini telah menjadi Pegawai Pertama, Juruterbang Kanan dan Kapten di AirAsia. Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2023, AirAsia berharap untuk tarik lebih ramai wanita mendaftar dalam program ini dan menambah jumlah juruterbang wanita yang semakin berkembang.



Jika anda belum tahu, AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama di Asean yang membuka peluang kepada juruterbang wanita. Antara yang terlibat ialah Kapten Norashikin Onn. Beliau juga merupakan juruterbang komersial wanita pertama di Malaysia. Sejak itu, AirAsia telah ambil seramai 157 juruterbang wanita di seluruh kumpulan termasuk Kapten AirAsia Indonesia Monika Anggreini, dan Kapten Suwapich Wongwiriyawanich, yang bermula sebagai kru kabin sebelum menjadi kapten wanita pertama yang mengendalikan pesawat Airbus A330 di Thailand.

Dari kiri: Kapten Norashikin Onn, Pembantu Juruterbang Fatin Izzati Rosman & Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail

Dua daripada kadet juruterbang wanita pertama menerusi program ini iaitu Kapten Ilyana dan Kapten Noor Hafizah, kini telah berkhidmat di AirAsia selama 17 tahun. Pada tahun 2019 sahaja, seramai 44 orang wanita telah mendaftar dalam program ini, di mana hampir semuanya kini bergelar Pegawai Pertama di AirAsia.



Jika anda berhasrat untuk jadi juruterbang, maka jangan lepaskan peluang ini. Anda boleh daftar untuk sertai Program Kadet Juruterbang AirAsia dengan cara imbas kod QR yang tersedia pada gambar di bawah atau layari pautan ini.

Keperluan minimum untuk sertai Juruterbang Kadet AirAsia adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia antara 18 hingga 28 tahun semasa memohon
  3. Tinggi minimum 158cm
  4. Penguasaan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang baik dalam penulisan serta pertuturan
  5. BMI sihat tidak melebihi 30
  6. Mempunyai penglihatan jauh yang baik

Kelayakan akademik anda mestilah:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf:
    • Gred A dalam Matematik, Bahasa Inggeris
    • Gred B dalam Fizik atau A dalam Sains Am
    • Gred B dalam mana-mana dua mata pelajaran lain

atau:

  1. Miliki ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:
    • Jurusan berkaitan Kejuruteraan/Saintifik
    • CGPA 3.0 dan ke atas
    • SPM dengan gred B dalam mana-mana 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AirAsia syarikat penerbangan pertama di Asean beri peluang pada wanita jadi juruterbang, anda nak jadi antara mereka?

AirAsia syarikat penerbangan pertama di Asean beri peluang pada wanita jadi juruterbang, anda nak jadi antara mereka?

9 March 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER