• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

FreeYond M5 & F9 masuk ke pasaran Malaysia, bermula RM399

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:43 pm
  • 22/03/2023
  • Komen
FreeYond M5 & F9 masuk ke pasaran Malaysia, bermula RM399
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah syarikat peranti pintar dari Shenzen, China, FreeYond telah memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan beberapa peranti menarik termasuk telefon pintar FreeYond M5 dan FreeYond F9. Kedua-dua telefon pintar ini bernaung di bawah kategori mampu milik dan dipasarkan sebagai telefon peringkat permulaan.

FreeYond M5 dilengkapkan dengan paparan HD Penuh 6.52 inci serta kadar segar semula 90hz. Bahagian pengimejannya mempunyai tetapan tiga kamera dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan terdapat kamera 8MP bertakuk U untuk selfie. Ia dikuasakan oleh cip Unisoc T606 dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W USB-C. Sistem operasi menggunakan Android 12.



Untuk FreeYond F9, ia mempunyai paparan HD Penuh 6.52 inci, tapi kadar segar semula lebih perlahan pada 60hz. Terdapat dua kamera di bahagian belakang iaitu kamera utama 13MP dan kamera makro 2MP. Kamera di hadapan pula 8MP. Ia dikuasakan cip Unisoc SC9863A dan bateri bersaiz 5000mAh, tiada sokongan pengecasan pantas. Sistem operasi didatangkan dengan Andorid 12 Go.

Lain-lain ciri termasuk sokongan Bluetooth 4.2 untuk F9, manakala Bluetooth 5.0 untuk M5. Kedua-dua model ini mempunyai jek audio 3.5mm, slot Micro SD, dan menyokong 4G LTE sahaja. FreeYond M5 dan F9 boleh didapati dalam dua warna iaitu Biru dan Hitam.



FreeYond F9 boleh didapati sekarang di Shopee dengan dua varian. Sementara itu, FreeYond M5 masih belum boleh dibeli dan dikatakan akan tersedia pada bulan Julai 2023. Hanya ada satu varian untuk M5. Berikut adalah harga untuk M5 dan F9 di Malaysia:

FreeYond F9 (RAM 2GB + Storan 64GB) – RM399
FreeYond F9 (RAM 3GB + Storan 128GB) – RM499
FreeYond M5 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM699

Selain telefon pintar, FreeYond membawa masuk juga fon putik FreeYond Pods 1 pada harga RM89, jam pintar FreeYond S1 pada harga RM159 dan FreeYond F1 pada harga RM119. Tapi masih belum diketahui bila tarikh mula jualannya.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan produk yang ditawarkan oleh FreeYond, anda boleh layari laman web FreeYond di sini.

[Sumber: TechNave]

Tags: FreeYondFreeYond F9FreeYond M5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

FreeYond M5 & F9 masuk ke pasaran Malaysia, bermula RM399

FreeYond M5 & F9 masuk ke pasaran Malaysia, bermula RM399

22 March 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN