• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra Elite 4 dilancar di Malaysia pada harga RM529, ada ANC, kalis hujan dan dijamin 2-tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:31 pm
  • 22/03/2023
  • Komen
Jabra Elite 4 dilancar di Malaysia pada harga RM529, ada ANC, kalis hujan dan dijamin 2-tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Jabra hari ini telah melancarkan fon putik terbaru dalam siri Elite iaitu Jabra Elite 4. Penambahan ini adalah kemaskini daripada model Elite 3 terdahulu, dengan beberapa penambahbaikan untuk memberi pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, pada harga yang berpatutan.

Elite 4 dilengkapkan dengan ciri Pembatalan Hingar Aktif (ANC) dan mempunyai pemacu 6mm untuk bunyi yang lebih mengasyikkan. Untuk membuat panggilan, terdapat empat mikrofon bagi mengoptimumkan kejelasan suara semasa bercakap. Bukan itu sahaja, pengalaman mendengar boleh disuai mengikut cita rasa menggunakan aplikasi Jabra Sound+.



Selain itu, ada ciri Fast Pair (Android) dan Swift Pair (Windows) untuk memudahkan sambungan pada peranti mudah alih atau komputer. Bercakap pasal sambungan, ia menggunakan Bluetooth 5.2 dan terdapat ciri Bluetooth Multipoint untuk membolehkan sambungan pada dua peranti dalam satu masa.

Untuk bateri, Jabra mengatakan Elite 4 memberikan masa penggunaan selama 7 jam tanpa ANC hidup dan 5.5 jam ANC hidup. Jika bersama sarung fon putik, penggunaan lebih panjang sehingga 28 jam tanpa ANC hidup dan 22 jam ANC hidup. Pengecasan penuh pula mengambil masa 3.5 jam. Tapi, Jabra mendakwa 10 minit pengecasan boleh memberi penggunaan sehingga satu jam.



Lain-lain ciri termasuk kalis air dan debu IP55, Qualcomm aptX, HearThrough dan Spotify Tap untuk peranti Andorid. Elite 4 tersedia dalam empat warna iaitu Navy, Dark Grey, Lilac dan Light Beige.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh dapatkan Elite 4 pada harga RM529 di kedai/gedung Jabra di Shopee dan Lazada bermula hujung April.

Tags: Jabrajabra elite 4
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Jabra Elite 4 dilancar di Malaysia pada harga RM529, ada ANC, kalis hujan dan dijamin 2-tahun

Jabra Elite 4 dilancar di Malaysia pada harga RM529, ada ANC, kalis hujan dan dijamin 2-tahun

22 March 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN