• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bazar Ramadan PUBG Mobile, boleh jumpa streamer terkenal & ada hadiah menarik menanti

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:20 pm
  • 24/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Ramadan kali ini, PUBG Mobile Malaysia mengadakan Bazar Ramadan mereka sendiri untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada peminat PUBG Mobile tempatan. Bazar Ramadan ini akan bertempat di Homebois Pitstop bermula 24 Mac hingga 20 April 2023.

Bazar Ramadan ini adalah hasil kerjasama PUBG Mobile bersama foodpanda, 100PLUS dan AirAsia Ride. Oleh itu, pengunjung akan diberi pelbagai hadiah menarik seperti langganan percuma foodpanda pandapro setahun, air 100PLUS untuk menghilangkan dahaga setelah sehari berpuasa, dan kod diskaun RM5 AirAsia Ride untuk pergi ke Homebois, atau ballik dari Homebois. Hanya guna kod HOMEBOISRIDE apabila membuat pesanan.



Selain itu, pada hari Sabtu dan Ahad, akan ada Buka Puasa beramai-ramai di mana anda dan kawan-kawan boleh berkumpul, berbuka puasa dan bermain PUBG Mobile bersama. Kalau menang, siap ada peluang untuk dapat hadiah eksklusif. Oh ya, disediakan juga solat terawih, jadi ibadah jangan lupa ya.

Semasa Buka Puasa beramai-ramai, peminat juga berpeluang untuk lepak dan bermain PUBG bersama streamer terkenal PUBG Mobile Malaysia seperti FattahZie, Obot, Ombong, Naoki dan ramai lagi pada sesi Meet & Greet. Ada juga peraduan Belanja & Menang yang membolehkan pengunjung mengumpul setem bagi setiap RM30 pembelian di Bazar Ramadan untuk menebus barang niaga PUBG Mobile eksklusif seperti berikut:



  • 2 Setem: Baucar AirAsiaRide RM5
  • 5 Setem: Soket Pop PUBG Mobile
  • 10 Setem: T-Shirt PUBG Mobile

Akhir sekali, terdapat peraduan Tangkap & Menang yang memberi anda peluang untuk memenangi hadiah T-Shirt PUBG Mobile dan topi PUBG Mobile. Untuk sertainya, hanya tangkap gambar di Bazar Ramadan dan muat naik di halaman media sosial beserta kapsyen ucapan Ramadan dan letak tag #PUBGMacamMacamAda.

Bagi sesiapa yang berminat, ini adalah lokasi tepat untuk Bazar Ramadan ini: Homebois Pitstop @ Federal Highway, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

Tags: bazar ramadanpubg mobileramadan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Bazar Ramadan PUBG Mobile, boleh jumpa streamer terkenal & ada hadiah menarik menanti

24 March 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN