• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad SD Sony SF-G TOUGH series paling lasak dan terpantas di dunia

  • OLEH Najib
  • 11:44 am
  • 07/09/2018
  • Komen
Kad SD Sony SF-G TOUGH series paling lasak dan terpantas di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai pernah berhadapan masalah kerosakan storan. Habis semua gambar dan video kenangan masa bercuti, atau dokumen penting syarikat di dalam storan tersebut, tak dapat dipulihkan semula. Kadang-kadang ia hanya kerana kad memori SD itu terpatah akibat terpijak.

Jika anda mencari storan yang tahan lasak, Sony kini menawarkannya melalui kad memori SD UHS-II “SF-G series TOUGH specification”. Ia bukan sahaja sangat susah untuk rosak, malah mempunyai kelajuan membaca dan menulis yang amat pantas.



Kad SD SF-G TOUGH series diperbuat dari satu struktur monolitik tanpa ruang kosong di dalamnya, serta bahan materi yang sangat keras, jauh berbeza dari kad SD biasa yang nipis dan dibentuk dari 3 bahagian material.

Ini menjadikannya kalis bengkok sehingga 180N dan kalis jatuh setinggi 5 meter. Ia juga terlindung sepenuhnya dari kemasukan air, debu atau kotoran dan memenuhi standard kalis air IPX8 serta kalis debu IP6X.



Dalam dunia kamera dengan keupayaan rakaman gambar beresolusi tinggi serta video UltraHD 4K, ia memerlukan kad memori berprestasi tinggi untuk memenuhi keperluan memproses data yang pantas. Kad SD SF-G series TOUGH specification memiliki kelajuan menulis 299MB/s, terpantas di dunia. Ia datang bersama kelajuan membaca 300MB/s, juga terpantas di dunia untuk penghantaran gambar dan video yang banyak dengan cepat.

Sebagai perlindungan tambahan, Sony juga memastikan kad SD SF-G TOUGH series lebih lasak dengan perlindungan dari cahaya UV, kalis X-ray, kalis magnet, anti statik dan kalis suhu melampau.

Sony memaklumkan kad SD SF-G TOUGH series akan dihasilkan dalam kapasiti 32GB, 64GB dan 128GB. Ia akan dilancarkan di Asia pada bulan Oktober dan harganya akan diumumkan pada waktu itu. Sementara itu, dapatkan maklumat lanjut tentang kad SD ini di laman web www.sony.net/sfgt.

Tags: kad memorikad sdkad SD SF-G TOUGH seriesSF-G TOUGHSony
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kad SD Sony SF-G TOUGH series paling lasak dan terpantas di dunia

Kad SD Sony SF-G TOUGH series paling lasak dan terpantas di dunia

7 September 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER