• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kementerian Pengangkutan umum 527 penerbangan tambahan untuk Hari Raya bersama AirAsia, Batik Air, Malaysia Airlines & MYAirline

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:52 pm
  • 10/04/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 527 penerbangan tambahan melibatkan enam syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, MASwings dan MYAirlines. Keputusan itu dibuat bagi memenuhi permintaan tinggi melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan.

Ia menjumlahkan sebanyak 184 tambahan penerbangan ditawarkan oleh Malaysia Airlines, 173 oleh Batik Air, 130 oleh AirAsia, 18 oleh Firefly, 12 oleh MASwings dan 10 oleh MYAirline. Penambahan tersebut melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak dengan 118 ke Kota Kinabalu, 70 ke Tawau, 32 ke Sandakan, 102 ke Kunching, 34 ke Sibu, 20 ke Miri dan 14 ke Bintulu.



Untuk pengetahuan semua, ia merupakan tambahan kepada 5,617 penerbangan sedia ada yang telah dijadual beroperasi dalam Semenanjung Malaysia, 2,149 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, dan 2,033 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Sejak awal bulan Mac, MOT dan MAVCOM telah mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan syarikat penerbangan untuk menawarkan harga tambang yang berpatutan.

Dalam pada itu, MOT memaklumkan penambahan ini adalah untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi pada harga berpatutan. Ini adalah kerana, tiket tambang tetap telah terjual dengan pantas dan tiket tambang biasa turut melihat kadar pembelian yang tinggi menyebabkan kenaikan harga baki tiket.



Selain itu, MOT juga mengadakan perbincangan bersama MAS Airlines Berhad untuk meningkatkan kapasiti penumpang dengan menggunakan pesawat Airbus A330 untuk 40 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Menurut MOT, penambahan kapasiti ini telah bantu untuk menurunkan harga tambang sebelum ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah penerbangan balik ke kampung, syarikat penerbangan ada menawarkan promosi dan tawaran menarik sempena Hari Raya. Berikut adalah senarai promosi yang ditawarkan mengikut syarikat penerbangan.

  • Promosi Batik Air
  • Promosi AirAsia
  • Promosi MAS
  • Promosi MYAirline

[Sumber: Bernama]

Tags: AirAsiabatik airFireflyhari raya aidilfitriMASMASwingsMYAirlinepenerbangan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Kementerian Pengangkutan umum 527 penerbangan tambahan untuk Hari Raya bersama AirAsia, Batik Air, Malaysia Airlines & MYAirline

10 April 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER