• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shell Recharge tawar pengecasan EV “percuma” selama 15 hari di lebuhraya PLUS sempena Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 19/04/2023
  • Komen
Shell Recharge tawar pengecasan EV “percuma” selama 15 hari di lebuhraya PLUS sempena Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tol percuma selama 4 hari sempena hari raya, iaitu dari 19 hingga 21 April, dan pada 24 April 2023. Kini ada tawaran tambahan yang menarik, untuk pemilik kenderaan elektrik (EV) juga sempena hari raya.

Shell Recharge, penyedia perkhidmatan pengecasan EV mengumumkan “pengecasan EV percuma” di semua stesen pengecas EV Shell Recharge di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Promosi ini dijayakan dengan kerjasama ParkEasy, menawarkan 100% rebat kredit ParkEasy mulai 19 April sehingga 3 Mei 2023.



Stesen pengecas Shell Recharge menawarkan pengecasan DC sehingga 180kW. Kadar pengecasannya ialah RM4/minit, menjadikannya pengecas EV paling mahal di Malaysia. Selain itu, pengguna juga harus mengekalkan baki kredit RM200 di dalam aplikasi ParkEasy (Google PlayStore, Apple AppStore) sebelum boleh mengaktifkan pengecas di stesen.

Terdapat 7 stesen pengecas Shell Recharge iaitu:



  1. Hentian Sebelah Tangkak, Johor (arah Selatan)
  2. Kawasan Rehat Pagoh, Johor (arah Utara)
  3. R&R Seremban, Negeri Sembilan (arah Selatan)
  4. R&R Skudai, Johor (arah Selatan)
  5. R&R Seremban, Negeri Sembilan (arah Utara)
  6. R&R RTC Simpang Pulai, Perak (arah Utara)
  7. R&R RSA Tapah, Perak (arah Selatan)

Walaupun stesen ini menyokong pengecasan sehingga 120kW atau 180kW, kadar pengecasan sebenar masih berganging kepada sokongan pengecas kenderaan, serta tahap bateri ketika mengecas. Contohnya, BYD Atto 3 (Extended Range) hanya menyokong pengecasan sehingga 80kW. Manakala EV berasaskan platform 800V seperti Hyundai Ioniq 5, Kia EV 6, Porsche Taycan dan Lotus Eletre, menyokong pengecasan DC melebihi 230kW.

Di dalam promosi ini, pengguna akan menerima 100% rebat kredit ParkEasy, bermakna ia serupa dengan pengecasan percuma. Tetapi harus diteliti terma dan syarat. Ia menyatakan, kredit akan dipulangkan ke dalam akaun pengguna selepas tamat tempoh promosi dan boleh digunakan untuk pengecasan di masa hadapan. Kempen ini akan tamat pada 3 Mei, jadi anda mungkin akan menerima semua rebat kredit ini selepas cuti Hari Raya. Jika perlukan sebarang bantuan, boleh hubungi ParkEasy di talian +6016 299 1468.

[Sumber: ParkEasy]

Tags: EV MalaysiaHari RayaParkEasyshellShell Recharge
Najib

Najib

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Shell Recharge tawar pengecasan EV “percuma” selama 15 hari di lebuhraya PLUS sempena Hari Raya

Shell Recharge tawar pengecasan EV “percuma” selama 15 hari di lebuhraya PLUS sempena Hari Raya

19 April 2023
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER