• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MediaTek umum Dimensity 9200+ akan dilancarkan 10 Mei 2023

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:53 am
  • 28/04/2023
  • Komen
MediaTek umum Dimensity 9200+ akan dilancarkan 10 Mei 2023
Share on FacebookShare on Twitter

MediaTek, syarikat di sebalik SoC flagship Dimensity dedah mereka akan melancarkan varian plus bagi Dimensity 9200 iaitu Dimensity 9200+. Berita ini diumumkan sendiri oleh MediaTek di akaun Weibonya dan cip tersebut akan dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Mei 2023. Cip terbaru ini sudah tentu memberikan prestasi lebih baik dari cip pendahulunya.

Dimensity 9200+ mungkin akan menjadi cip paling berkuasa dalam pasaran apabila ia dilancarkan kelak. Cip ini dikatakan memperoleh markah menakjubkan 1,368,597 di platform penanda aras AnTuTu, melangkaui markah yang diperoleh cip terhebat Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Walaupun kehebatan prestasi cip ini sudah terbukti, tapi masih tidak diketahui sejauh mana kecekapan penggunaan tenaganya.



Menurut Gizmochina, telefon pertama yang mungkin dikuasakan cip terbaru dan terhebat MediaTek ini adalah iQoo Neo 8 Pro, setelah ia muncul di dalam platform penanda aras dengan nama kod merujuk kepada cip tersebut. Hasil penanda aras tersebut juga mengesahkan spesifikasi terperinci cip terbaru itu, dengan 1 teras Cortex-X3 beroperasi pada kelajuan 3.35GHz, 3 teras Cortex-A715 pada 3.00GHz dan 4 teras Cortex-A510 pada 2.00GHz. Ia juga menunjukkan cip ini menggunakan grafik jenis Immortalis-G715 MC11.

Mengikut langkah iQoo Neo 8 Pro, telefon seterusnya yang mungkin mengguna pakai cip ini adalah iQoo 11S dan Vivo X90 Plus pada separuh kedua tahun ini. Selain telefon yang disebutkan awal tadi, AnTuTu di akaun Weibonya mendedahkan telefon Redmi dan Asus ROG juga bakal memperkasa cip Dimensity 9200+.



Kehadiran cip terbaru MediaTek ini sudah tentu akan menghangatkan lagi pasaran cip telefon pintar dan sekali gus memberi peningkatan terhadap prestasi dan kelajuan pada telefon akan datang. Untuk melihat sejauh mana prestasinya terhadap pesaingnya seperti Qualcomm dan TSMC, nantikan pelancaran rasmi Dimensity 9200+ pada bulan hadapan.

[Sumber: Gizmochina]

Tags: mediatekmediatek dimensity 9200Qualcomm
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

MediaTek umum Dimensity 9200+ akan dilancarkan 10 Mei 2023

MediaTek umum Dimensity 9200+ akan dilancarkan 10 Mei 2023

28 April 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN