• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Redmi Note 12 Pro 4G: Snapdragon 732G mesra gaming dengan panel AMOLED FHD+ pada harga RM1,099

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:09 pm
  • 11/05/2023
  • Komen
Redmi Note 12 Pro 4G: Snapdragon 732G mesra gaming dengan panel AMOLED FHD+ pada harga RM1,099
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi telah melakukan pengumuman pusingan kedua untuk Redmi Note 12. Dalam bulan April 2023 lalu mereka mengumumkan 3 ahli pertama Redmi Note 12, kini mereka mengumumkan tiga lagi ahli baharu iaitu:

  1. Redmi Note 12 Pro 5G
  2. Redmi Note 12 Pro 4G
  3. Redmi Note 12S

Harga siri Redmi Note 12 di Malaysia

Dengan pelancaran 3 ahli baharu dalam keluarga Redmi Note 12, maka jumlah keseluruhan variasi Redmi Note 12 kini menjadi 6 semuanya. Berikut adalah senarai harga semua varian Redmi Note 12 yang boleh anda dapatkan dalam pasaran Malaysia:



  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8+256) – RM1,599
  • Redmi Note 12 Pro 5G (8+256) – RM1,299
  • Redmi Note 12 Pro 4G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12 5G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12S (8+256) – RM999
  • Redmi Note 12 (8+128) – RM799
  • Redmi Note 12 (6+128) – RM699

Baca tentang Redmi Note 12 Pro+ disini
Baca tentang Redmi Note 12 Pro 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12 Pro 4G disini
Baca tentang Redmi Note 12 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12S disini
Baca tentang Redmi Note 12 disini

Spesifikasi Redmi Note 12 Pro 4G

Sekiranya anda tak perlukan sambungan 5G, Redmi Note 12 Pro 4G adalah pilihan yang baik kerana anda beroleh SoC yang lebih bertenaga iaitu Snapdragon 732G. Cip ini lebih sesuai untuk bergaming dan reputasinya adalah lebih baik berbanding Mediatek. Bersama-sama cip itu, anda beroleh juga storan 256GB beserta RAM seluas 8GB.



Di bahagian muka, Redmi Note 12 Pro 4G dilengkapi panel paparan AMOLED 120Hz sebesar 6.67”. Kecerahannya mencapai 1,100 nits dalam keadaan tertentu dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

Lagi ciri yang akan buatkan para gamers tersenyum adalah speaker stereo dan juga kehadiran jek audio 3.5mm. Ia juga ada IR Blaster dan cip NFC untuk kemudahan. Jadinya anda boleh tambah nilai kad TNG Enhanced ataupun Google Pay untuk lakukan pembayaran.

Di bahagian pengimejan, ia ada kamera 108MP di bahagian belakang dan disertai kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP, dan kamera depth 2MP. Selfie boleh anda ambil dengan kamera 16MP.

Redmi memberikan bateri berkapasiti 5,000mAh pada telefon ini dengan sistem pengecasan 67W.

Tags: mobileRedmiredmi note 12redmi note 12 4gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Redmi Note 12 Pro 4G: Snapdragon 732G mesra gaming dengan panel AMOLED FHD+ pada harga RM1,099

Redmi Note 12 Pro 4G: Snapdragon 732G mesra gaming dengan panel AMOLED FHD+ pada harga RM1,099

11 May 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN