• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

T-Rex Ultra, penjejak aktiviti paling canggih Amazfit ditawarkan pada RM1,899

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:37 pm
  • 15/05/2023
  • Komen
T-Rex Ultra, penjejak aktiviti paling canggih Amazfit ditawarkan pada RM1,899
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit memperkenalkan satu jam tangan baharu dalam siri T-Rex. Amazfit T-Rex Ultra adalah yang paling teguh dan yang paling sarat spesifikasi berbanding T-Rex sedia ada, malahan berdasarkan helaian spesifikasi ia nampak seperti berada dalam kategorinya yang tersendiri.

Antara perkara yang membuatkannya teguh adalah seperti bingkai diperbuat daripada keluli tahan karat 316L. Butang-butang fizikal, empat semuanya, yang terletak di sekeliling badannya juga direka khas untuk kalis lumpur dan air. Amazfit T-Rex Ultra kalis air sehingga 10 ATM.



Ciri utama yang ingin diketengahkan pengeluarnya adalah kebolehan Amazfit T-Rex Ultra digunakan sebagai aksesori menyelam. Ia dikatakan memenuhi piawaian EN13319 & ISO6245 iaitu paiwaian antarabangsa untuk aksesori menyelam.

Seperti baisa, siri T-Rex ada sistem penjejak satelit yang jitu kerana T-Rex Ultra mampu menerima isyarat L1 dan L5 disamping sokongan sehingga 6 jenis sistem satelit penjejak global. Apabila mengembara di luar sana, ada fungsi peta luar talian yang boleh dimuat naik daripada aplikasi Zepp ke dalam telefon untuk bantu anda bernavigasi di luar sana. Fungsi navigasi sebegini berguna untuk anda pergi ke titik yang ingin dituju ataupun apabila sesat, kembali ke titik tempat anda mulakan perjalanan.



Hayat bateri sewaktu GPS digunakan adalah sehingga 10 jam lamanya. Untuk kegunaan kasual, ia boleh pergi sehingga 20 hari ataupun dalam mode jimat bateri, sehingga 25 hari. Kapasiti bateri yang dimilikinya adalah 500mAh.

Mempunyai Bluetooth 5.2, jam tangan ini boleh ditambat pada aksesori tambahan seperti fon putik, tali pinggang kecergasan, dan meter kuasa basikal.

Di bahagian muka, Amazfit T-Rex ada panel paparan AMOLED 1.39” beresolusi 454p berkecerahan maksimum 1,000 nits. Ia berfungsi seperti semua penjejak kesihatan Amazfit lain. Ia mampu menjejak 162 jenis aktiviti dengan 33 daripada boleh dijejak secara automatik. Maklumat aktiviti boleh dikongsikan kepada platform pihak ketiga seperti Strava, Adidas Running, Relive, Google Fit, dan Apple Health.

Ia juga boleh menjejak tahap kesihatan jantung seperti kadar denyutan, kepekatan oksigen dalam darah, dan juga paras tekanan. Apabila dipakai tidur, ia boleh mejejak kualiti tidur anda seperti kitaran RAM, tidur siang, kualiti pernafasan sewaktu tidur, dan banyak lagi.

Amazfit Falcon: Jam tangan multisukan premium yang ada badan besi bergred aeroangkasa, dilancar

Amazfit T-Rex Ultra akan mula dijual 18 Mei 2023 pada harga RM1,899 anda boleh pergi ke laman rasmi Amazfit di Lazada dan Shopee untuk melihat entri jualan mereka.

Tags: amazfitAmazfit T-Rexamazfit t-rex ultrajam tanganperanti boleh pakaiwearable
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
T-Rex Ultra, penjejak aktiviti paling canggih Amazfit ditawarkan pada RM1,899

T-Rex Ultra, penjejak aktiviti paling canggih Amazfit ditawarkan pada RM1,899

15 May 2023
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN