• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink perkenal pelan perayauan 40GB boleh guna di Malaysia, Indonesia, Singapura & Thailand, hanya RM45 sebulan

  • OLEH Najib
  • 10:40 am
  • 26/05/2023
  • Komen
Hotlink perkenal pelan perayauan 40GB boleh guna di Malaysia, Indonesia, Singapura & Thailand,  hanya RM45 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Hotlink Pantas adalah pilihan yang popular untuk pengguna yang mahukan talian kekal aktif 365 hari dengan bayaran yang rendah. Baru-baru ini, Hotlink telah melancarkan satu lagi pelan yang sangat menarik kerana ia ada kuota internet yang boleh digunakan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand tanpa perlu melanggan pas perayauan.

Pelan baru ini dipanggil sebagai pelan Pantas Internet dan Hotspot (dengan Perayauan Sempadan). Ia memiliki kuota 40GB internet berkelajuan pantas tanpa sekatan kelajuan dan turut boleh digunakan sebagai hotspot. Pelan ini juga diberikan panggilan tanpa had ke seluruh talian di Malaysia.



Tetapi tarikan utamanya ialah, kuota 40GB ini juga boleh digunakan di negara bersempadan dengan Malaysia iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand. Ini merupakan tawaran yang jauh lebih murah daripada pas perayauan Hotlink sedia ada iaitu RM10/hari (1GB), RM20 3 hari (3GB) atau RM30 7 hari (5GB). Tambah menarik lagi, walaupun Maxis dan Hotlink masih tidak boleh menggunakan 5G di Malaysia, perayauan Maxis dan Hotlink di Singapura, Thailand dan Indonesia dapat menggunakan rangkaian 5G di sana.

Selain pelan perayauan sempadan ini, Hotlink Pantas juga ada menawarkan pelan bulanan. Dengan bayaran RM35/bulan, pengguna boleh melanggan pelan Hotlink Pantas yang memberikan 30GB data berkelajuan tinggi termasuk hotspot dan panggilan tanpa had ke talian tempatan. Hotlink juga sedang mengadakan promosi iaitu sehingga 5 kali 20GB percuma jika melanggan pelan RM35 ini. Bagaimanapun, baucer perlu ditebus sebelum 30 Jun dan ia boleh digunakan selewatnya pada 31 Disember 2023.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua tawaran Hotlink, layari laman web Prabayar Hotlink.

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink Pantas beri data bonus 100GB yang perlu ditebus dan pas siaran langsung EPL Percuma
  • Hotlink Pantas buang pilihan data tahan lama 8GB dan 20GB, tambah pelan bulanan RM35
  • Hotlink prabayar ada pelan tanpa had baru: Streaming dan Work From Home
  • Hotlink Pantas ganti Hotlink 365, kurangkan masa aktif dan lebihkan kuota data
Tags: hotlinkHotlink PantasHotlink Pantas Perayauan SempadanPerayauan Internet
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hotlink perkenal pelan perayauan 40GB boleh guna di Malaysia, Indonesia, Singapura & Thailand,  hanya RM45 sebulan

Hotlink perkenal pelan perayauan 40GB boleh guna di Malaysia, Indonesia, Singapura & Thailand, hanya RM45 sebulan

26 May 2023
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN