• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple mungkin kembali dengan iPhone X Plus dan iPhone Xc

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 15/11/2017
  • Komen
Inilah Dia iPhone X yang Dinantikan Selama Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah memperkenalkan dua model telefon pintar sejak iPhone 6, model biasa dengan skrin 4.7-inci dan model Plus dengan skrin besar 5.5-inci. Tetapi ia berubah tahun ini dengan kemunculan solo iPhone X.

Apa kata kalau Apple kembali dengan model biasa dan model besar Plus, dan ditambah lagi satu model C?



Seorang penganalisa dari KGI Securities, Ming-Chi Kuo menyatakan pada tahun 2018, Apple bakal memperkenalkan tiga model baru iPhone berasaskan iPhone X. Satu model Plus 6.5-inci, satu model biasa 5.8-inci dan satu lagi model 6.1-inci.

Model Plus dan model biasa ini akan menggunakan paparan OLED, manakala model 6.1-inci pula akan menggunakan paparan TFT sahaja. Pendek kata, model 6.1-inci ini adalah model jimat, atau boleh dikatakan iPhone XC. Seperti iPhone 5c yang diperkenalkan dahulu untuk pasaran mampu milik.



Kuo menyatakan, ketiga-tiga model ini akan memiliki skrin depan berlubang di atas, bersama kamera True Depth seperti di iPhone X sekarang.

Model 5.8-inci dilihat bakal mengunakan paparan iPhone X generasi kedua, kerana memiliki 458ppi, lebih tinggi dari iPhone X sekarang. Model 6.5-inci pula menempatkan ppi sekitar 450-500. Bagi model 6.1-inci, ia dijangka memuatkan sekitar 320-330ppi sahaja.

Kuo menambah, harga model jimat dijangka sekitar USD649 ke USD749. Tidak pula disebut harga untuk dua model OLED. Berkemungkinan besar ia mengikut harga iPhone X sekarang, USD999 untuk model 5.8-inci dan tambahan harga untuk model Plus.

Ini semua hanyalah laporan dari seorang penganalisa. Bagaimanapun laporan Kuo sebelum ini terutama tentang iPhone X seperti paparan 5.8-inci, rekaan kaca dan besi, kehilangan Touch ID, 3D sensing, dan banyak lagi tepat mengena sasaran.

Tetapi ia masih satu laporan jangkaan. Masih jauh perjalanan model baru iPhone akan diperkenalkan. Jadi kita simpan yang ini buat rujukan masa depan.

[Sumber: MacRumours]

Tags: appleapple iphoneiphoneiPhone XiPhone X PlusiPhone Xc
Najib

Najib

POPULAR

Inilah Dia iPhone X yang Dinantikan Selama Ini

Apple mungkin kembali dengan iPhone X Plus dan iPhone Xc

15 November 2017
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN