• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 11i: Bayangkan Nova 10 SE yang diturun taraf

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:52 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Huawei Nova 11i: Bayangkan Nova 10 SE yang diturun taraf
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon ketiga dan juga model paling bawah dalam siri Huawei Nova 11 turut dilancarkan dalam satu majlis pelancaran mega oleh Huawei baru-baru ini. Huawei Nova 11i adalah telefon kelas pertengahan bawah RM1,500 yang boleh dipertimbangkan pengguna sekiranya sedang mencari telefon dalam lingkungan harga tersebut.

Seperti biasa, barisan telefon Huawei kali ini masih tiada 5G.



Harga Huawei Nova 11i di Malaysia

Huawei Nova 11i ditawarkan pada harga RM1,299. Untuk perspektif, Huawei Nova 10 SE yang dilancarkan November 2022 lalu dipasarkan pada RM1,499 dan spesifikasnya lebih baik iaitu ada skrin OLED dan ada kamera utama 108MP beserta kamera ultralebar 8MP.

Setiap pembelian Huawei Nova 11i akan disertakan sekali pemberian percuma beruba powerbank bernilai RM129 sementara stok masih ada.



Spesifikasi Huawei Nova 11i

Nova 11i menampilkan rekaan kekotak dengan skrin berbingkai nipis. Di bahagian tengah dari ada lubang untuk menempatkan kamera selfie manakala diahagian belakang, ada dua bulantan besar tempat letaknya kamera belakang.

Bermula dari depan, Nova 11i adalah sebuah telefon dengan skrin sebesar 6.8”. Skrin ini mengguna pakai panel LCD dengan resolusi FHD+ (2388 x 1080). Kadar segar semulanya dilaporkan pada paras 90Hz. Disebabkan paparannya daripada jenis LCD, pengimbas cap jari telefon ini diletakkan di sebelah kanan badan telefon yang disekalikan bersama butang kuasa.

Atas papan utama, Nova 11i diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 680 4G bersama-sama dengan RAM 8GB dan storan berkeluasan 256GB.

Kamera utamanya dilengkapi sensori 48MP F2.2 dan ia dibantu oleh kamera sekunder 2MP untuk tujuan penentuan kedalaman medan. Beralih ke bahagian hadapan, pengguna boleh “tembak” gambar selfie menggunakan kamaera 16MP F2.2.

Huawei memberikan sistem bateri berkapasiti 5,000mAh pada Nova 11i. Ia dicas menggunakan Huawei SuperCharge Turbo 40W. Pengecasan daripada 0 kepada 60% mengambil masa 30 minit.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama

Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W

Siri Huawei Watch 4: Jam tangan pintar dengan ECG dan sokongan eSIM

Tags: androidHuaweiHuawei NovaHuawei Nova 11huawei nova 11itelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Nova 11i: Bayangkan Nova 10 SE yang diturun taraf

Huawei Nova 11i: Bayangkan Nova 10 SE yang diturun taraf

7 July 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN