• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rusia haramkan penggunaan iPhone untuk kakitangan kerajaan, kenapa?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:32 pm
  • 18/07/2023
  • Komen
iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa Rusia dilapor telah menguatkuasakan larangan penggunaan iPhone dalam kalangan kakitangan kerajaan. Bermula 17 Julai, Kementerian Perdagangan Rusia tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan iPhone untuk melakukan kerja-kerja rasmi kerajaan. Beberapa lagi agensi lain termasuk Kementerian Telekomunikasi dan Media Massa Rusia turut bakal menguatkuasakan larangan tersebut dalam masa terdekat.

Keputusan ini dibuat setelah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia menuduh Apple memberikan bantuan kepada kerajaan Amerika Syarikat (A.S) untuk menjalankan operasi pengintipan, di samping tiada bukti kukuh yang dikemukakan. Menurut FSB, ribuan iPhone yang digunakan oleh diplomat Rusia di negara NATO telah dipasang aplikasi pengintipan.



Walau bagaimanapun, Apple menolak dakwaan ini sekeras-kerasnya dan menegaskan komitmennya terhadap privasi pengguna. Malah, tiada sebarang tanda dijumpai oleh pakar keselamatan menunjukkan Apple telah membina pengecualian “pintu belakang” berkenaan enkripsi di perantinya.

Namun, Apple bukanlah sepenuhnya betul dalam hal ini kerana sendiri mengakui terdapat kelemahan keselamatan pada peranti Apple dan serta merta mengumumkan patch kemaskini untuk iOS. Dalam masa yang sama, Apple juga mengkredit penyelidik di Karspersky Lab kerana menjumpai kelemahan pada iOS.



Sungguhpun begitu, larangan penggunaan iPhone ini hanya terpakai untuk kegunaan kerja sahaja. Kakitangan kerajaan Rusia masih boleh gunakan iPhone untuk keperluan peribadi. Larangan ini juga tidak akan memberi impak kepada pengguna biasa.

Untuk makluman anda, Apple telah pun mengeluarkan penjualan produknya dari Rusia berikutan pencerobohan yang dilakukan Rusia terhadap Ukraine. Jadi, langkah ini akan menambahkan lagi ketegangan teknologi antara Rusia dan A.S.

[Sumber: Business Insider]

Tags: appleiphoneRusia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

Rusia haramkan penggunaan iPhone untuk kakitangan kerajaan, kenapa?

18 July 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER