• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Epic Games gagal saman Apple atas dakwaan antipersaingan, Fortnite masih tidak masuki App Store

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:56 pm
  • 10/08/2023
  • Komen
Epic Games gagal saman Apple atas dakwaan antipersaingan, Fortnite masih tidak masuki App Store
Share on FacebookShare on Twitter

Bertembungan Epic Games dan Apple sekali lagi tiba di satu bonggol. Hal ini kerana, permohonan Epic Games kepada pihak berkuasa A.S supaya Apple mengubah polisi gedung dalam talian App Store telah ditolak. Ia selepas Apple menghantar rayuan, dan berjaya, kepada Mahkamah Agung A.S untuk membatalkan keputusan yang telah dikeluarkan Mahkamah Rayuan A.S dalam bulan Mei 2023 lalu.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Epic Games. Namun, perlu diketahui yang Mahkamah Agung A.S adalah yang tertinggi dalam sistem penghakiman negara itu dan Epic Games telah kehabisan mahkamah untuk dirujuk.



Buat yang terlepas berita, Epic Games telah memfailkan saman terhadap Apple kerana didakwa antipersaingan dengan tidak membenarkan aplikasi Fortnite mempunyai gedung dalam talian sendiri di dalam permainan. Epic Games mengatakan komisen 30% yang dikutip Apple adalah membankan.

Fortnite ditendang keluar daripada Apple App Store dan Google Play Store, ini reaksi Epic



Sebab itulah sehingga sekarang, Fortnite tidak berada dalam gedung App Store. Komisen 30% bukan sahaja dikutip Apple, malahan Google juga melakukan perkara yang sama menerusi platform Android mereka. Walau bagaimanapun, antipersaingan tidaklah terasa sangat untuk platform itu kerana pengguna boleh lakukan sideload dengan bebas menggunakan fail pemasangan yang disediakan pihak Epic.

Melakukan transaksi pembayaran menggunakan saluran pihak ketiga di platform Apple bukanlah sesuatu yang mustahil. Dalam pasaran Kores Selatan, Apple diwajibkan menyediakan kemudahan itu bagi mematuhi undang-undang negara itu.

Sumber: Macrumors

Tags: appleepic gamesfortnitegaming
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Epic Games gagal saman Apple atas dakwaan antipersaingan, Fortnite masih tidak masuki App Store

Epic Games gagal saman Apple atas dakwaan antipersaingan, Fortnite masih tidak masuki App Store

10 August 2023
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER