• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Info fungsi Audio Magic Eraser pada Google Pixel terbocor, pertama pada telefon pintar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:55 am
  • 14/08/2023
  • Komen
Info fungsi Audio Magic Eraser pada Google Pixel terbocor, pertama pada telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Google dikhabarkan akan mengumumkan siri Pixel 8 mereka sebelum 2023 berakhir. Menjadi syarikat teknologi berasaskan pembangunan perisian, sudah tentu mereka memberikan lebih fokus kepada sistem operasi berbanding memberikan komponen premium pada produk mereka. Salah satu daripadanya adalah Audio Magic Eraser yang dipercayai sedang dibangunkan Google eksklusif untuk peranti Pixel mereka.

Seems like the new Pixel 8 series will introduce Audio Magic Eraser feature to reduce video background noise.#Pixel8 #Pixel8Pro #GooglePixel pic.twitter.com/Tb23MoDuUI

— EZ (@EZ8622647227573) August 11, 2023

Konsepnya sama sahaja dengan Magic Eraser yang boleh anda gunakan pada Google Photo sekarang iaitu membuang benda-benda yang tak diingini daripada dalam gambar sementara Audio Magic Eraser lakukan perkara yang sama, pada video.



Daripada video yang dikongsikan, jelas kelihatan (kedengaran) yang Audio Magic Eraser menganalisis terlebih dahulu klip video seseorang sedang bermian papan seluncur sebelum mempersembahkan kepada pengguna satu slider untuk membuang bunyi hingar di bahagian latar. Apabila dileretkan kepada tahap maksimum, yang tinggal hanyalah bunyi suara daripada subjek utama video.

Seperti biasa, sudah pastinya ciri canggih ini direalisasikan dengan bantuan AI. Menggunakan machine learning spektrum audio akan dianalisis sebelum sistem menjana spektrum audio berlawanan yang dirasakan adalah hingar dan akhirnya ditekap pada spektrum sumber untuk memansuhkan bunyi-bunyi yang tidak dingini.



Perkara yang ingin diketahui adalah sejauh mana berkesankah Audio Magic Eraser dalam melaksanan fungsinya kerana Magic Eraser untuk gambar pun mempunyai hadnya yang tertentu.

Siri Google Pixel 8 adalah sekuel kepada Pixel 7 yang bakal dilancarkan. Berdasarkan kalendar pelancaran Google, akan ada Pixel baharu dalam bulan Oktober setiap tahun. Jadi, berkemungkinan besar Pixel 8 juga akan diumumkan dalam bulan tersebut.

Sumber: GizChina

Tags: audio magic eraserGooglegoogle pixelgoogle pixel 8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Info fungsi Audio Magic Eraser pada Google Pixel terbocor, pertama pada telefon pintar

Info fungsi Audio Magic Eraser pada Google Pixel terbocor, pertama pada telefon pintar

14 August 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN