• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Realme akan lancar tablet dan fon putik mampu milik baru bersama Realme 11 5G

  • OLEH Najib
  • 5:12 pm
  • 24/08/2023
  • Komen
Realme akan lancar tablet dan fon putik mampu milik baru bersama Realme 11 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Realme nampaknya tidak membiarkan acara pelancaran Realme 11 5G muncul keseorangan. Pada pentas yang sama, dua lagi produk baru Realme akan turut serta mengumumkan ketibaannya ke Malaysia.

Selain telefon pintar Realme 11 5G, dua lagi produk baru yang akan dilancar pada 30 Ogos nanti adalah tablet Realme Pad 2 dan fon putik ANC, Realme Buds Air 5. Mungkin ada yang seperti pernah melihat nama ini, tetapi fon putik yang dilancar bulan lepas bersama siri Realme 11 Pro adalah versi pro iaitu Realme Buds Air 5 Pro. Jadi ini adalah model baru yang lebih rendah prestasinya.



Spesifikasi Realme Pad 2

Ini adalah tablet yang menggantikan tempat Realme Pad yang dilancarkan 2 tahun lepas pada harga serendah RM799. Dijangkakan, Realme Pad 2 akan diberikan tanda harga yang hampir serupa.

Seperti model sebelumnya, Realme Pad 2 turut menyokong versi internet mudah alih tetapi hanya rangkaian LTE atau 4G, bukannya 5G. Mungkin Realme mahu mengekalkan tablet Realme Pad X di tahap lebih tinggi dengan sokongan 5G.



Menurut Realme, tablet baru ini menampilkan skrin LCD lebih besar iaitu 11.5-inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga hadir dengan bateri besar 8,360mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Tambah Realme, Pad 2 akan menawarkan RAM sehingga 16GB dan storan 256GB. Tentang ini, ia mungkin datang dengan RAM fizikal 8GB dan boleh ditambah secara maya sebanyak 8GB, menjadikan jumlah RAM kepada 16GB.

Spesifikasi Realme Buds Air 5

Perkara terbesar yang membezakan versi Pro dengan Realme Buds Air 5 yang akan dilancar ini adalah jenis pemacu audio. Versi Pro dilengkapi dua pemacu audio, bass 11mm dan tweeter 6mm. Tetapi Realme Buds Air 5 akan menggunakan pemacu audio tunggal 12.4mm untuk menghasilkan bunyi bass penuh dan vokal yang jelas.

Fungsi penyaring hingar aktif (ANC) turut terdapat pada Realme Buds Air 5, mampu menyingkir bunyi bising sehingga 50dB. Ia dibantu oleh 6 mikrofon untuk menangkap bunyi yang perlu disenyapkan.

Selain itu, Realme Buds Air 5 memiliki hayat bateri yang panjang. Ia mampu memainkan lagu sehingga 38 jam bersama bekas pengecas. Dari gambar yang dikongsi Realme, terdapat dua warna pilihan untuk fon putik ini iaitu biru dan putih. Realme Buds Air 5 Pro dijual pada harga RM399. Sudah pasti versi bukan Pro ini akan dijual lebih murah dari harga ini.

Maklumat lanjut tentang tablet Realme Pad 2 dan fon putik Realme Buds Air 5 pasti akan diketahui di majlis pelancarannya yang akan diadakan pada 30 Ogos 2023.

Bacaan Berkaitan

  • Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db
  • Realme 11 Pro 5G: Prestasi tinggi Dimensity 7050 dengan kamera 100MP ProLight
  • Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
Tags: Realmerealme BudsRealme Buds Air 5Realme PadRealme Pad 2
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme akan lancar tablet dan fon putik mampu milik baru bersama Realme 11 5G

Realme akan lancar tablet dan fon putik mampu milik baru bersama Realme 11 5G

24 August 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER