• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Apakah beza OIS dan EIS dalam kamera telefon?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:03 pm
  • 28/08/2023
  • Komen
[Hands-on] Oppo Find N: Alternatif kepada Galaxy Z Fold3
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila mahu membeli sebuah telefon, ada segelintir orang yang suruh periksa sama ada kamera telefon itu ada OIS atau EIS ataupun tidak. Jadi apakah OIS dan EIS, dan ada beza ke antara duanya? Adakah ianya penting untuk kamera telefon? Dalam artikel ini saya nak terangkan.

Untuk pengetahuan anda, OIS dan EIS ini memiliki fungsi asas yang sama. Tugas utamanya adalah untuk menstabilkan imej dan rakaman video supaya gambar atau video yang diambil tajam dan tidak kabur. Tetapi apa yang membezakan OIS dan EIS adalah bagaimana cara ia berfungsi.



OnePlus 11

OIS berfungsi untuk menstabilkan kamera ketika imej dirakam menggunakan perkakas, dengan melibatkan pergerakan pada sensor imej atau lensa kamera untuk meneutralkan pergerakan kamera. Penstabilannya dicapai menggunakan sensor giroskop dan motor kecil yang terdapa di kamera.

Berbeza dengan EIS, ia menstabilkan imej setelah imej dirakam menggunakan perisian. Ia tidak melibatkan sebarang pergerakan pada modul kamera bagi mengenal pasti pergerakan, sebaliknya menggunakan algoritma untuk menganalisis pergerakan dalam video dan menstabilkannya dengan memotong sebahagian daripada bingkai. Jadi EIS tidak memerlukan sebarang perkakasan lain untuk menstabilkan video, dengan hanya menggunakan perisian.



Oppo Reno 6

Secara ringkas, OIS mempunyai kelebihan kerana dapat bantu menstabilkan gambar dan video, sementara EIS hanya boleh bantu menstabilkan video sahaja kerana terhad pada pembetulan melalui perisian. Gambar pula tidak boleh. Selain itu, OIS juga mempunyai kelebihan dalam pencahayaan yang malap kerana dapat bantu mengurangkan kabur dan gerakan pada gambar, di mana EIS tidak dapat bantu dalam situasi gelap.

Jadi OIS dan EIS merupakan perkara yang penting untuk ada dalam telefon walaupun ia berfungsi dengan cara yang berbeza. Namun, bukan semua telefon memiliki OIS dan EIS. Ada yang mempunyai EIS sahaja ataupun mempunyai OIS sahaja.

Ada OIS (Galaxy A54)
Ada OIS (Realme 11 Pro)
Ada EIS (Oppo Reno 10)

Untuk rujukan, contoh telefon yang didatangkan dengan OIS ada banyak, seperti Samsung Galaxy A54 dan Realme 11 Pro. Telefon dengan EIS pula macam Oppo Reno 10. Tetapi anda kena ingat, EIS hanya membantu untuk stabilkan video dan OIS dapat bantu stabilkan gambar dan video.

Anda juga boleh tengok penerangan kami tentang beza antara OIS dan EIS di YouTube.

Tags: EISkamera telefon pintarOIS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

[Hands-on] Oppo Find N: Alternatif kepada Galaxy Z Fold3

Apakah beza OIS dan EIS dalam kamera telefon?

28 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER